Theme Colour        
Font Size -A A +A
 

Pelancongan Eko

Seremban dikelilingi oleh Banjaran Titiwangsa yang kaya dengan flora dan faunanya. Keindahan ini dapat di rasai dengan menerokai Hutan Hujan Tropika yang terdapat di daerah ini. Jarak yang dekat daripada Kuala Lumpur menyebabkan Seremban menjadi tumpuan kepada pencinta alam yang ingin menjalankan aktiviti rekriasi. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menerokai keindahan alam yang berusia ribuan tahun ini.

 

Gunung Angsi

Gunung Angsi terletak di dalam hutan simpan Gunung Angsi. Kedudukan yang hanya 15 minit sahaja dari  Bandar Seremban menjadikan gunung ini terkenal di dalam aktiviti pendakian dan mempunyai ketinggian 825 meter (2,702 kaki).

 

Bukit Kepayang

Bukit Kepayang yang terletak di Seremban 2 dan bersebelahan Lebuhraya Utara Selatan ini merupakan lokasi mendaki yang popular di kalangan pendaki tegar di negeri ini. Jarak daripada Bandar Seremban hanya 5 minit sahaja dan mudah diakses melalui jalan raya dan serta lebuhraya susur keluar ke Seremban.

 

Bukit Melati

Bukit Melati terletak di Putra Nilai, Negeri Sembilan. Nama bukit ini diperolehi dari Taman yang berhampiran iaitu Aman Desa Melati. Kepada yang minta mendaki, lokasi ini adalah ideal dengan ketinggian hanya 370 meter sahaja.

 

Gunung Berembun

Tersenarai antara 155 puncak tertinggi di Malaysia. Mencapai ketinggian 1193cm (3913kaki). Terletak ditengah2 jarak antara Kuala Klawang dan Seremban. Gunung ini mempunyai keunikan yang tersendiri kerana terdapat sebuah Kapal Terbang British Liberator B-24 yang telah terhempas di tengah permatang di Antara Gunung Telapak Buruk dan Gunung Berembun.

 

Taman Eko Rimba

Lokasinya adalah 26km dari ibu negera. Taman Eko Rimba Lenggeng terletak di Hutan Simpan Lenggeng dan merupakan hutan dipterokarpa rendah.