Theme Colour        
Font Size -A A +A
 

9 PERKARA WAJIB PERLU ANDA LAKUKAN APABILA MELAWAT SEREMBAN

Apabila melawat ke Seremban, terdapat 9 perkara yang anda wajib lakukan bagi melengkapkan lawatan anda ke daerah ini. 9 perkara ini merupakan pengalaman yang menarik dan mengujakan anda serta meninggalkan kenangan yang manis mengamit memori anda.

  1. MENEROKAI BANDAR WARISAN SEREMBAN

    terokai seremban
    Bandar Seremban umumnya telah berusia lebih 120 tahun. Bandar ini telah melalui pelbagai fasa bermula dari kedatangan orang Minangkabau ke Tanah Melayu, penaklukan oleh Penjajah Inggeris, Kependudukan Jepun, sehinggalah pembangunan di era modenisasi ini. Oleh demikian, satu laluan warisan yang dinamakan Jejak Warisan Seremban telah diwujudkan oleh pihak Majlis Bandaraya Seremban. Laluan warisan ini akan membawa anda menyelusuri keunikkan dan keindahan Bandar Seremban melalui keunikkan seni binanya, kekayaan budayanya serta keceriaan masyarakatnya. Jejak Warisan ini bermula daripada Stesen Keretapi Seremban dan akan berakhir di Pokok Getah Pertama Negeri Sembilan.
     
  2. ‘SELFIE’ DI MURAL-MURAL DI DAERAH SEREMBAN

    terokai seremban
    Dalam pada itu, anda juga boleh menyelusuri keindahan Lorong Seni Seremban yang terletak di Jalan Dato Abd. Rahman, Jalan Tunku Hassan,Jalan Yam Tuan dan Jalan Dato’ Sheikh Ahmad. Lebih 40 mural telah dilukis di dinding lorong kedai dengan sentuhan kreativiti daripada pelukis anak jati Negeri Sembilan dan juga pelukis professional Malaysia. Lukisan mural yang dilukis ini mempunyai pelbagai tema seperti Sejarah Negeri Sembilan, budaya Negeri Sembilan, tokoh-tokoh di Negeri Sembilan, lukisan pelbagai kaum, alam flora dan fauna dan banyak lagi. Lebih menarik lukisan yang dilukis ini berkonsepkan 3D yang membolehkan anda berinteraksi dengan lukisan tersebut
     
  3. WATER BIKE@ TAMAN TASIK SEREMBAN

    terokai seremban
    Kepada anda yang inginkan aktiviti keluarga, ‘Water Bike’ adalah pilihan terbaik kerana ia memberikan satu pengalaman yang menakjubkan. Bayangkan anda bersama keluarga menikmati keindahan tasik dengan menyelusuri setiap sudut taman tasik tersebut. Tiket yang ditawarkan juga adalah berpatutan bagi segenap lapisan masyarakat. Lebih mengamit memori ia adalah, water bike ini mengimbau kembali kenangan lama pada era 80an dan 90 an di mana ia merupakan aktiviti yang popular pada masa itu.
     
  4. MELAWAT POKOK GETAH PERTAMA NEGERI SEMBILAN

    terokai seremban

    Tahukah anda, di Bandar Seremban mempunyai sebuah Pokok Getah Tertua di Negeri Sembilan. Apa yang lebih menarik, pokok ini berumur lebih 120 tahun dan seusia dengan pokok pertama di Malaysia yang terletak di Kuala Kangsar. Lebih menarik pokok ini bernilai RM 3.5 juta.. Woww!!! Lokasi pokok ini terletak bersebelahan dengan Galeri Di Raja Seremban dan mudah diakses melalui laluan pejalan kaki.
  5. MENIKMATI MAKANAN AUNTENTIK NEGERI SEMBILAN

    terokai seremban

    Keunikan Budaya Seremban mencetus 1001 rasa apabila anda menikmati keenakan makanan di Seremban. Kepada mereka yang `Food Hunter’ Seremban merupakan lokasi yang tepat kepada mereka kerana makanan yang di tawarkan di sini berbeza daripada rasa di negeri-negeri lain. Anda boleh pilih restoran, gerai atau Food Street kegemaran mengikut keselesaan dan citarasa pilihan anda. Apa yang paling penting ialah, anda perlu merasai Makanan Negeri Sembilan seperti masak lemak cili api kerana ia merupakan pelengkap kepada kunjungan anda ke daerah Seremban.

  6. MENDAKI  GUNUNG ATAU BUKIT DI DAERAH SEREMBAN

    terokai seremban

    Berdasarkan geografi kedudukan Seremban, daerah ini sebenarnya dikelilingi oleh Banjaran Titiwangsa yang menjadi tulang belakang kepada Malaysia. Keunikkan Hutan Hujan Tropika ini dapat dirasai dengan anda mendaki ke beberapa bukit dan gunung yang terdapat di sini. Antaranya ialah Gunung Angsi, Gunung Berembun, Hutan Lipur Ulu Bendul, Bukit Kepayang dan banyak lagi. Produk eko pelancongan ini mencipta pengalaman baharu anda.

  7. BERGAMBAR DI MASJID-MASJID DI SEREMBAN

    terokai seremban

    Di Bandar Seremban terdapat beberapa Masjid ikonik yang boleh anda lawati. Masjid-masjid ini dibuka kepada orang ramai serta pelbagai agama boleh melawati masjid ini. Masjid yang ikonik juga menyediakan jurupandu yang terlatih bagi memberi penerangan berkaitan Agama Islam mahupun seni bina nya. Terdapat beberapa masjid juga telah melangkaui beberapa abad mempunyai seni bina yang menarik. Seni bina yang dapat anda hayati di masjid di sini ialah seni bina Nusantara,seni bina Minangkabau, Seni bina India, Seni bina Turki, Seni bina Maghribi dan Seni bina China. Masjid-masjid yang anda boleh kunjungi ialah Masjid Jamek Seremban, Masjid Hussain S2, Masjid Sri Sendayan dan Masjid Negeri.

  8. MENEROKI BUDAYA ADAT PERPATIH

    terokai seremban

    Teras Budaya Adat Pepatih kian lama telah memayungi masyarakat di Bandar Seremban. Hal ini dapat dilihat dengan kemesraan, keharmonian dan kemuafakatan penduduk nya yang sentiasa mengamalkan cara hidup bertolenrasi. Oleh itu, sekirannya anda hendak menghayati bolehlah mengunjungi kebeberapa lokasi budaya perpatih seperti Jabatan Kebudayaan Keseniaan Negara, Negeri Sembilan, Muzium Negeri Sembilan dan banyak lagi.Selain itu, pihak Jabatan Kebudayaan Keseniaan Negeri Sembilan turut mengadakan persembahan kebudayaan Negeri Sembilan bagi para pelancong untuk menghayati kebudayaan ini lebih rapat.

  9. MENEROKAI AKTIVITI ‘EXTREME’

    terokai seremban

    Aktiviti Extreme menjadi kegilaan kepada pelancong pada masa kini kerana mencabar aktiviti tersebut menguji kekuatan dan keberanian diri seseorang diri individu.Di Seremban, ia menawarkan pelbagai aktiviti extreme ATV, Go-Kart,Motorcross Track, High rope, flying fox, memanah dan banyak lagi.