Theme Colour        
Font Size -A A +A
 

Permit Awning Komersial

Pengenalan

Permohonan permit awning komersial ini boleh dikemukakan sendiri oleh pemilik / penyewa premis perniagaan kepada Majlis Bandaraya Seremban tanpa perlu mendapatkan khidmat perunding. Oleh itu, pemilik / penyewa bertanggungjawab sepenuhnya terhadap struktur awning yang dibina terutama dari segi penggunaan bahan, kedudukan, kestabilan dan kekukuhan  struktur yang dibina.  
 
Adalah diingatkan bahawa pihak Majlis Bandaraya Seremban tidak akan dipertanggungjawabkan ke atas segala tuntutan, dakwaan atau tindakan yang diakibatkan dari pembinaan awning berkenaan. 

 

Syarat Permohonan

​​Struktur awning yang hendak dibina perlulah struktur awning TANPA TIANG. Awning yang dibina secara bertiang perlu mengemukakan PERMOHONAN KELULUSAN PELAN BANGUNAN melalui Arkitek Profesional atau Pelukis Pelan Bangunan berdaftar.

Struktur awning TIDAK DIBENARKAN dibina di atas jalan dan lot tempat letak kenderaan.

Kawasan awam yang dilingkupi awning hendaklah dibiarkan KOSONG tanpa sebarang halangan / sekatan seperti aktiviti perniagaan, rak barang dagangan, kerusi dan meja makan serta lain-lain halangan yang berkaitan dan ianya perlu dikekalkan sebagai kegunaan awam.

 

Muat Turun

​​Borang Permohonan Permit Awning Komersial

 

Kaedah Bayaran

Segala bayaran boleh dibuat di dalam bentuk :

Banker’s Cheque / Cashier’s Order / Wang Kiriman Pos / Wang Pos / Resit Pembayaran Secara Online

( *Cek Individu / Syarikat dan Tunai tidak dibenarkan)

Atas nama : MAJLIS BANDARAYA SEREMBAN

 

Hubungi 

Pejabat Utaman MBS :

​​Kaunt​​er Jabatan Kawalan Bangunan, 
Majlis Bandaraya Seremban
Wisma MBS,
Persiaran Forest Heights 1,
Jalan Seremban – Tampin,
70450 Seremban, Negeri Sembilan
​​Telefon : 06-765 4333 atau 06-765 4938
Faks     : ​06-765 4939

Pejabat Cawangan Nilai : 

​​Kaunt​​er Jabatan Kawalan Bangunan, 
Majlis Bandaraya Seremban
No. 1, Kompleks Pentadbiran Kerajaan, 
Persiaran Pusat Bandar, Putra Nilai, 
71800 Nilai, Negeri Sembilan 
​​Telefon : 06-798 9000 atau 06-789 9007
Faks : ​06-799 8409