Theme Colour        
Font Size -A A +A
 

Homestay

Inap Desa di daerah Seremban menawarkan pakej yang unik kepada pelancong apabila menginap di sini.Keunikkan Inap Desa tersebut dapat disaksikan dengan kepelbagaian budaya dan adat resam yang disajikan kepada pelancong. Jom kita bersama-sama nikmati keunikkan inap desa ini dengan melawat ke tempat tersebut

Homestay Rawa

Homestay Rawa

Kg. Rawa Hulu Lenggeng

 

Inap Desa Kg. Rawa terletak di Lenggeng. Mula dijadikan sebagai inap desa pada tahun 2011 dan kini lebih dari 10 buah rumah telah menyertai program inap desa di Kg. Rawa. Tarikan utama di Inap Desa Kg. Rawa kerana terdapat aktiviti menunggang kuda yang disediakan oleh AS Equestrian Centre. Pada masa kini terdapat lebih kurang 20 ekor kuda yang disediakan untuk pengunjung. Selain daripada itu mereka yang menginap disini boleh menjalankan aktiviti seperti melawat kebun buah-buahan, melihat perusahaan IKS iaitu proses membuat sos cili, bermain sukan rakyat, memanah, membuat kraftangan, belajar memasak makanan tradisional Negeri Sembilan dan sebagainya. Bagi yang gemarkan aktiviti lasak, mereka akan dibawa ke Bukit Broga untuk mendaki bukit kerana ianya terletak hanya 15km dari Kg. Rawa. Aktiviti mendaki Bukit Broga ini telah dijadikan sebagai salah satu pakej untuk Inap Desa Kg. Rawa. Pengunjung juga akan disajikan dengan persembahan dari anak-anak muda kampung iaitu tarian yang popular di Negeri Sembilan seperti tarian piring dan tarian inang.

 

Alamat
Kg. Rawa Hulu Lenggeng
71750 Seremban
Negeri Sembilan.
No Telefon
019 3544472 (Puan Saadiaj)
Homestay Pelegong

Homestay Pelegong

Kg Pelegong

 

Antara homestay yang terkenal di Negeri Sembilan. Terdapat pelbagai industri desa seperti ternakan ikan air tawar, membuat roti, dan kraftangan. Aktiviti untuk pelajar seperti 'jungle tracking', kembara malam, Pelegong Explorerace dan perkhemahan. Pengunjung juga akan diberi peluang mencuba permainan tradisional seperti galah panjang, congkak, batu seremban dan gasing. Pengunjung juga boleh merasai pengalaman menoreh getah, memancing, mandi di sungai dan membakar kuih tradisional Melayu seperti kuih bahulu.

 

Alamat
Koperasi Homestay
Pelegong Sdn Bhd
No. 3, Anjung Bestari
Kg Pelegong Batu 8
71900 Labu
Negeri Sembilan
No Telefon
019 6749499 (Pak Wan)