Theme Colour        
Font Size -A A +A
 

Taman Rekreasi Air Seremban

Taman Rekreasi Air

Majlis Bandaraya Seremban (MBS) menjenamakan semula Taman Tasik Seremban dengan menyediakan kemudahan aktiviti rekreasi air sebagai tarikan terbaharu kepada pengunjung.

Aktiviti rekreasi air ini merupakan salah satu inisiatif untuk menjenamakan dan menghidupkan semula Taman Tasik Seremban yang disenaraikan sebagai salah satu produk pelancongan Negeri Sembilan.

Selain bersenam atau beriadah, orang ramai boleh meluangkan masa bersama keluarga mencuba aktiviti air seperti menaiki bot, mengayuh bot basikal atau berkayak di Taman Rekreasi Air Seremban ini.

Waktu Operasi
Isnin - Jumaat  :  2.00 petang hingga 7.00 petang
Sabtu - Ahad :  9.00 pagi hingga 7.00 petang