Theme Colour        
Font Size -A A +A
 

Permit Awning (Kediaman)

Pengenalan

Permohonan permit awning bagi rumah kediaman ini boleh dikemukakan sendiri oleh pemilik kepada Majlis Bandaraya Seremban tanpa perlu mendapatkan khidmat perunding. Oleh itu, pemilik bertanggungjawab sepenuhnya terhadap struktur awning yang dibina terutama dari segi penggunaan bahan, kedudukan, kestabilan dan kekukuhan struktur yang dibina.  
 
Adalah diingatkan bahawa pihak Majlis Bandaraya Seremban tidak akan dipertanggungjawabkan ke atas segala tuntutan, dakwaan atau tindakan yang diakibatkan dari pembinaan awning berkenaan. 

 

Muat Turun

​​Borang Permohonan Permit Awning (Kediaman)

 

Kaedah Bayaran

Segala bayaran boleh dibuat di dalam bentuk :

Banker’s Cheque / Cashier’s Order / Wang Kiriman Pos / Wang Pos / Resit Pembayaran Secara Online

( *Cek Individu / Syarikat dan Tunai tidak dibenarkan)

Atas nama : MAJLIS BANDARAYA SEREMBAN

 

Hubungi 

​​Pejabat Utama MBS :

Kaunt​​er Jabatan Kawalan Bangunan, 
Majlis Bandaraya Seremban
Wisma MBS,
Persiaran Forest Heights 1,
Jalan Seremban – Tampin,
70450 Seremban, Negeri Sembilan
​​Telefon : 06-765 4333 atau 06-765 4938
Faks       : ​06-765 4939

Pejabat Cawangan Nilai : 

​​Kaunt​​er Jabatan Kawalan Bangunan, 
Majlis Bandaraya Seremban
No. 1, Kompleks Pentadbiran Kerajaan, 
Persiaran Pusat Bandar, Putra Nilai, 
71800 Nilai, Negeri Sembilan 
​​Telefon : 06-798 9000 atau 06-789 9007
Faks : ​06-799 8409