1. Apakah maksud Kebenaran Merancang? |
|
Subseksyen 2(1) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) telah mentafsirkan Kebenaran Merancang merupakan kebenaran yang diberikan, dengan atau tanpa syarat untuk menjalankan pemajuan dalam sesuatu kawasan. Pemajuan ditafsirkan sebagai menjalankan apa-apa kerja bangunan, kejuruteraan, perlombongan, perindustrian, atau apa-apa kerja lain yang seumpamanya pada, di atas, di sebelah atas atau di bawah tanah, membuat sesuatu perubahan material mengenai penggunaan mana-mana tanah atau bangunan atau mana-mana bahagian daripadanya, atau memecah sempadan atau mencantumkan tanah dan "memajukan" hendaklah ditafsirkan dengan sewajarnya. |
|
2. Keperluan Kebenaran Merancang? | |
Keperluan bagi mendapat Kebenaran Merancang adalah diperuntukkan di bawah subseksyen 19(1) Akta 172 iaitu: Tiada seorang pun, selain pihak berkuasa tempatan (PBT), boleh memulakan, mengusahakan, atau menjalankan apa-apa pemajuan melainkan jika kebenaran merancang berkenaan dengan pemajuan itu telah diberikan kepadanya di bawah seksyen 22 atau dilanjutkan di bawah subseksyen 24(3). |
|
3. Siapakah yang terlibat dalam KM ini ? | |
|
|
4. Bagaimana penentuan harga yang dibuat bagi melantik pihak yang menguruskan KM ini? | |
Perunding Jururancang Bandar Bertauliah yang menjalankan praktis di Malaysia perlu berdaftar dengan Lembaga Perancang Bandar Malaysia (LPBM) dan tertakluk kepada Skala Fi Minimum Perancang Bandar 2021 yang telah diluluskan oleh LPBM pada 9 Mac 2021. Merujuk kepada skala fi tersebut Fi Perubahan Material Dalam Penggunaan Tanah Atau Bangunan adalah seperti berikut : i. Fi Asas = RM50,000.00 ii. Tambahan RM1,000.00 se hektar iii. Fi Minimum bagi penyediaan asas adalah berdasarkan kos masa didarabkan faktor pengganda atau caj minimum sekaligus (lump sum) adalah tidak melebihi RM5,000.00 |
|
>>>> Muat Turun Borang (Permohonan Pelan Kebenaran Merancang) |
Section Heading
Permohonan Kebenaran Merancang
Section Heading

MAJLIS BANDARAYA SEREMBAN
Wisma MBS,
Persiaran Forest Heights 1,
Jalan Seremban - Tampin,
70450 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus
Wisma MBS,
Persiaran Forest Heights 1,
Jalan Seremban - Tampin,
70450 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus
TALIAN AM
TALIAN ADUAN
FAKS
Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 9.0, Mozilla Firefox 12.0, Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1366 x 768
JUMLAH PELAWAT :
- Total Visitors: 4688733
KEMASKINI TERAKHIR :
Khamis, 8 Jun 2023 - 4:07pm


Hak Cipta Terpelihara © 2020 Majlis Bandaraya Seremban