Warna Tema        
Saiz Tulisan -A A +A
 

Pelancongan Eko

Seremban dikelilingi oleh Banjaran Titiwangsa yang kaya dengan flora dan faunanya. Keindahan ini dapat di rasai dengan menerokai Hutan Hujan Tropika yang terdapat di daerah ini. Jarak yang dekat daripada Kuala Lumpur menyebabkan Seremban menjadi tumpuan kepada pencinta alam yang ingin menjalankan aktiviti rekreasi. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menerokai keindahan alam yang berusia ribuan tahun ini.

gunung Angsi

Gunung Angsi

Kuala Pilah, Jalan Bukit Putus Lama

 

Gunung Angsi terletak di dalam hutan simpan Gunung Angsi. Kedudukan yang hanya 15 minit sahaja dari Bandar Seremban menjadikan gunung ini terkenal di dalam aktiviti pendakian dan mempunyai ketinggian 825 meter (2,702 kaki).

 

Lokasi
Daerah Kuala Pilah, Jalan Bukit Putus Lama
Alamat
Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan,
Blok C, Tingkat 4, Kompleks Setiausaha Kerajaan,
70503 Seremban, Negeri Sembilan.
Waktu Operasi
8.00pg hingga 5.00ptg
No Telefon
06-7659849
Bukit Kepayang

Bukit Kepayang

Seremban 2

 

Bukit Kepayang yang terletak di Seremban 2 dan bersebelahan Lebuhraya Utara Selatan ini merupakan lokasi mendaki yang popular di kalangan pendaki tegar di negeri ini. Jarak daripada Bandar Seremban hanya 5 minit sahaja dan mudah diakses melalui jalanraya dan serta lebuhraya susur keluar ke Seremban.

 

Lokasi
Taman Bukit Kepayang,
70200 Seremban, Negeri Sembilan
Waktu Operasi
8.00pg hingga 5.00ptg
 
Bukit Melati

Bukit Melati

Putra Nilai

 

Bukit Melati terletak di Putra Nilai, Negeri Sembilan. Nama bukit ini diperolehi dari Taman yang berhampiran iaitu Aman Desa Melati. Kepada yang minat mendaki, lokasi ini adalah ideal dengan ketinggian hanya 370 meter sahaja.

 

Lokasi
Jln BBN 11/4, Bandar Baru Nilai,
71800 Nilai, Negeri Sembilan
Waktu Operasi
8.00pg hingga 5.00ptg
No Telefon
010-2325648
Gunung Berembun

Gunung Berembun

Kuala Klawang dan Seremban

 

Tersenarai antara 155 puncak tertinggi di Malaysia. Mencapai ketinggian 1193cm (3913kaki). Terletak ditengah-tengah jarak antara Kuala Klawang dan Seremban. Gunung ini mempunyai keunikan yang tersendiri kerana terdapat sebuah Kapal Terbang British Liberator B-24 yang telah terhempas di tengah permatang di Antara Gunung Telapak Buruk dan Gunung Berembun.

 

Lokasi
Kampung Pantai Baharu (Berhampiran dengan Daerah Jelebu),
Negeri Sembilan
Waktu Operasi
8.00pg hingga 5.00ptg
 
Eko Rimba

Taman Eko Rimba

Hutan Simpan Lenggeng

 

Lokasinya adalah 26km dari ibu negera. Taman Eko Rimba Lenggeng terletak di Hutan Simpan Lenggeng dan merupakan hutan dipterokarpa rendah.

 

Lokasi
26 km dari Bandar Seremban.
Terletak di dalam Hutan Simpan Lenggeng
Alamat
Pejabat Hutan Daerah, Negeri Sembilan Barat,
Tingkat 2, Kompleks Pentadbiran Daerah Seremban,
Persiaran S2 A2, 70300 Seremban
Waktu Operasi
8.00pg hingga 5.00ptg
No Telefon
06-6014 000