Warna Tema        
Saiz Tulisan -A A +A
 

Riadah Keluarga

Taman Tasik Seremban

Jelita Ostrich Farm

Seremban

 

Alamat
Lot 1504 Batu 6
Mukim Pantai
Jalan Jelebu
Tel 
+606-7670707
Rabbit Fun Land

Rabbit Fun Land

Lenggeng

 

Alamat

Lot 1556
Mukim Lenggeng
71750 Lenggeng
Tel
+6012-636 2833
 
Taman Tasik Seremban

Taman Tasik Seremban

Seremban

 

Taman Tasik Seremban adalah merupakan pusat rekreasi dan riadah paling popular di Seremban yang berjaya menarik perhatian ramai pengunjung terutamanya pada hari cuti dan hujung minggu. Taman Tasik ini merupakan salah satu dari taman tasik semulajadi yang tertua di Malaysia. Lokasi yang ideal, mudah dikunjungi dan selamat untuk seisi keluarga menjadikan taman ini pilihan popular para pengunjung.

Dihiasi dengan tanaman pokok-pokok tropika, bunga-bungaan, wakaf-wakaf bagi tujuan istirehat serta 2 buah tasik menjadikannya sebuah kawasan yang tenang dan sesuai untuk beristirehat. Berbagai kemudahan disediakan di sini seperti taman permainan kanak-kanak, "jogging track", tandas dan sebuah pentas terapung.

 

Alamat
Jalan Taman Bunga, Taman Tasek Seremban,
70000 Seremban,
Negeri Sembilan
Waktu Operasi
24 jam
Dataran Seremban

Dataran Seremban

Bandar Seremban

 

Dataran Seremban yang menghiasi pintu masuk utama ke bandar Seremban mulai mengamit perhatian dan menjadi kawasan tumpuan pengunjung yang popular. Kawasan lapang yang selesa, pancuran air yang menenangkan, lampu hiasan yang indah, sesuai dijadikan persinggahan bagi melepaskan lelah selepas penat berjalan melawat Seremban. Di kawasan Dataran Seremban juga terdirinya tiang bendera Malaysia yang tertinggi di Negeri Sembilan iaitu mencecah hampir 100 kaki. Dahulunya Dataran Seremban merupakan bekas tapak Sekolah Convent sebelum kini di bangunkan menjadi sebuah dataran.

 

Alamat
Bandar Seremban,
70000 Seremban,
Negeri Sembilan
Masa Operasi
24 jam
 
Taman Budaya Jalan Keling

Taman Budaya Jalan Keliling

Seremban

 

Sekiranya anda ke Seremban, jangan lupa untuk singgah ke Taman Budaya Jalan Keliling kerana pemandangan cantik dan udara yang segar dapat dinikmati di sini. Lokasinya yang terletak di bersebelahan Kediaman Rasmi Menteri Besar Negeri Sembilan sentiasa menjadi tumpuan pegunjung untuk menjalankan pelbagai aktiviti rekreasi. Taman ini menyediakan banyak kemudahan seperti laluan jogging, taman permainan kanak-kanak dan kemudahan senaman yang lain. Apa yang lebih menarik, taman ini juga merupakan tumpuan peminat Pemerhati Burung dari seluruh Malaysia kerana pelbagai jenis burung dapat ditemui di sini seperti Changeable Hawk Eagle, Crested goshawk, Banded kingsiher dan banyak lagi.

S2 Park

S2 Park, Seremban 2

Seremban

 

Kepada warga Seremban, malah warga kota yang mahu mencari destinasi riadah bersama keluarga, kunjungilah S2 City Park Seremban Dua, pada hujung minggu atau cuti sekolah. Tiba sahaja di kawasan seluas enam hektar itu, pengunjung disambut dengan lanskap indah serta dekorasi puluhan layang-layang berwarna-warni.

Taman yang dibuka tahun 2005 ini menyediakan pelbagai aktiviti, daripada trek riadah, gimnasium serta gelanggang bola keranjang, futsal dan badminton. Ia juga sesuai pada mereka yang ingin merehatkan fikiran bersama keluarga sambil menyaksikan pancuran air terjun dari bangku rehat atau wakaf yang disediakan.

Satu keistimewaan taman ini ialah pengunjung boleh memberi makan ikan hiasan yang dibela di tasik berkenaan pada waktu yang ditetapkan. Seperti juga kebanyakan kawasan riadah lain, S2 City Park juga mempunyai kemudahan awam seperti tandas, tempat meletak kereta yang luas dengan persekitarannya diselia beberapa pengawal keselamatan.

Lokasinya juga strategik dan terletak jauh daripada kesibukan bandar. Persekitarannya yang indah terutama flora dan faunanya yang pelbagai sesuai untuk memberikan ketenangan dan kedamaian kepada pengunjung.

 
Dataran Rantau

Dataran Rantau

Pekan Rantau

 

Terletak di Pekan Rantau, dataran ini merupakan lokasi wajib untuk anda bergambar. Dataran ini berkonsepkan seni bina moden dengan mengetengahkan ukiran-ukiran abstrak selaras denga arus moden kini.

Taman Malaysia

Taman Malaysia

Seremban

 

Pengalaman menerokai Taman Malaysia seumpama anda menjelajah ke sebuah Hutan Hujan Tropika yang tertua dunia. Begitulah perumpamaan apabila anda mengunjungi taman ini. Lokasinya yang terletak di belakang Galeri Di Raja, Seremban adalah lokasi yang tepat untuk anda menikmati keindahan hutan di Bandar Seremban. Pelbagai spesis pokok hutan seperti Balau,Keruing,dan pokok-pokok buah-buahan dapat di temui di sini. Yang lebih unik pokok-pokok yang terdapat di sini melebihi puluhan tahun. Taman Malaysia sesuai untuk anda menjalankan aktivti Glamping bersama- sama rakan anda serta menjadi tumpuan kumpulan CamperVan dari Seluruh Malaysia.

 

Alamat
Seremban,
70100 Seremban,
Negeri Sembilan
 
IJM Hill Park

IJM Hill Park, Seremban 2 Heights

Seremban 2

 

Kalau anda ke Seremban 2 dan tidak tahu hendak ke mana, bolehlah cubaberiadah di Hill Park Seremban 2 Height. Taman ini sesuai untuk aktiviti beriadah keluarga dan bersantai dengan melakukan aktiviti luar. Terdapat 3 zon di Hill Park ini, zon 1 (hijau), zon 2 (biru) dan zon 3 (merah jambu). Zon 1 merupakan taman permainan untuk kanak-kanak kecil. Manakala zon 2 ialah zon dinosor bagi yang gemar mengambil gambar. Zon 3 pula adalah tempat untuk bersantai bersama keluarga sambil menikmati udara yang dingin di atas bukit serta pemandangan yang indah dari ketinggian 162 meter di atas dasar laut.

Pengunjung yang datang dari Lebuhraya KL-Seremban (PLUS) masuk ke Seremban (Exit 218) dan seterusnya ke arah jusco Seremban 2 dan terus sahaja dan akan nampak papantanda IJM Hill Park Seremban 2

 

Alamat
P.T. 10786, Seremban 2,
70300 Seremban,
Negeri Sembilan Darul Khusus, Malaysia.
No Telefon
06-7613888
Facebook
Taman Awam Nilai

Taman Awam Nilai

Taman Awam Nilai

 

Taman Awam Nilai merupakan taman awam terawal yang wujud di sekitar Nilai. Taman ini menyediakan kemudahan rekreasi yang lengkap kepada anda. Pelbagai fasiliti yang disediakan seperti laluan jogging, taman permainan kanak-kanak sehinggalah peralatan senam sukan. Apa yang lebih menarik taman ini mempunyai Papan Informasi Grafik berkaitan Perdana Menteri Malaysia yang pertama sehinggalah kini.

 

Alamat
Persiaran Korporat,
Bandar Baru Nilai,
71800 Nilai, Negeri Sembilan.
 
Laman Basikal

Laman Basikal

Seremban

 

Laluan basikal yang dibina dalam suasana jalan raya dengan ciri-ciri lalulintas ini sesuai untuk kanak-kanak dan pelajar belajar mengenai undang-undang lalulintas dan keselamatan semasa berbasikal di jalanraya. Aktiviti yang dijalankan ini sesuai kepada anak-anak anda yang baharu mengenali aktiviti berbasikal. Di samping itu, terdapat juga kemudahan sewaan berbasikal kepada anda yang tidak mempunyai basikal. Terdapat beberapa kemudahan lain disediakan untuk memberi lebih keselesaan kepada anda atau anak-anak anda.

 

Alamat
Seremban,
70100 Seremban,
Negeri Sembilan
Waktu Operasi
Sabtu, Ahad & Cuti umum 8.00 pagi – 7.00 ptg
Taman Orkid

Taman Orkid, Seremban

Seremban

 

Taman Orkid, Seremban terletak di belakang Hotel Royale Chulan, Seremban. Berkeluasan 4 ekar dengan topogarfi berbukit dan teres, taman ini mempunyai puluhan jenis Orkid yang memukau pemandangan anda.Dalam usaha untuk membangunkan Taman Orkid, konsep reka bentuk memberi penekanan kepada akademik dan pengetahuan pembangunan, di mana pelbagai spesies orkid termasuk keseluruhan spesies daripada 'orkid liar' dan 'orkid hibrid'. Antara lain, reka bentuk landskap keras termasuk pengurusan bangunan, dan ruang pameran. Ini adalah untuk mewujudkan "gembira dan selesa" suasana, yang secara tidak langsung akan menghasilkan suasana yang seperti tiada taman-taman orkid.

 

Alamat
Seremban,
70100 Seremban,
Negeri Sembilan
Waktu Operasi
Setiap hari 10 pagi – 7.00 petang
 
Dataran Nilai

Dataran Nilai

Nilai

 

Dataran Nilai menjadi mercu tanda baru kawasan Majlis Perbandaran Nilai dengan terdirinya Menara Jam yang bercirikan seni bina Adat Perpatih. Dataran Nilai ini menyediakan padang permainan kanak-kanak dan padang bola untuk kegunaan orang ramai yang boleh memohon melalui Majlis Perbandaran Nilai. Selain itu terdapat juga bangunan kraftangan, mini amphitheater, pentas, tempat letak kereta, pondok bas dan sebagainya. Dataran Nilai ini menjadi pilihan keluarga pada hujung minggu kerana ia terletak di tengah bandar. Ia juga mungkin boleh dijadikan alternatif kepada warga Kuala Lumpur yang mahukan pemandangan baru.

*Dibuka setiap hari

Green Park Sendayan

Green Park Sendayan

Bandar Sri Sendayan

 

Terletak di Bandar Sri Sendayan, Mukim Labu, Daerah Seremban yang berkeluasan 26 ekar Kemudahan yang terdapat di sini seperti buaian, jongkang jongket, peralatan permainan , tong sampah, gazebo, trek jogging, alatan bersenam, padang bola,Terbuka kepada semua untuk menggunakan kemudahan yg telah disediakan oleh Majlis Perbandaran Nilai

 

Lokasi
Pengunjung yang datang dari Lebuhraya KL-Seremban (PLUS)
masuk ke Seremban (Exit 218) dan seterusnya melalui
Jalan Seremban-Sendayan (195) menuju ke Bandar Sri Sendayan
Alamat
PT 12653, Jalan Pusat Dagangan Sendayan 1,
71950 Bandar Sri Sendayan,
Negeri Sembilan
No Telefon
06-7922868