1. Notis melalui Borang Tukar Nama Pemilik Harta hendaklah dihantar ke MBS dalam tempoh 3 bulan dari tarikh jualan atau pindah milik harta terlibat oleh penjual dan pembeli.
2. Tindakan ini penting bagi memastikan daftar nama dan alamat pemilik harta adalah yang terkini supaya bil tuntutan dapat dihantar kepada pemilik dengan berkesan dan tepat.
Prosedur & Syarat
- Lengkapkan Borang Tukar Nama Pemilik Harta.
- Sertakan maklumat/dokumen sokongan yang diperlukan.
- Hantarkan kepada:-
Jabatan Penilaian Dan Pengurusan Harta
Tingkat 1
Majlis Bandaraya Seremban
Wisma MBS
Persiaran Forest Heights 1
Jalan Seremban Tampin
70450 SEREMBAN
Tel : 06-7654333
Dokumen Sokongan
- Salinan dokumen hakmilik tanah (geran tanah)
- Salinan dokumen perjanjian jual beli harta (jika ada)
- Salinan bil cukai taksiran semasa
- Salinan kad pengenalan pemilik
Borang
Sebarang masalah sila hubungi :
Jabatan Penilaian Dan Pengurusan Harta
Tingkat 1
Majlis Bandaraya Seremban
Wisma Bandar Raya
Lot 14392, Persiaran Forest Heights 1
Jalan Seremban Tampin
70450 SEREMBAN
Tel : 06-7654333