Majlis Bandaraya Seremban telah mengadakan Bengkel Penguatkuasaan Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757) dan Peraturan-Peraturan Pengurusan Strata (Penyenggaraan dan Pengurusan) 2015 yang sedang berlangsung dari 23 hingga 25 November 2022.

Bengkel ini dirangka dengan tujuan memberikan latihan dan pendedahan spesifik kepada pengurusan siasatan dan pertuduhan bagi penyediaan kertas siasatan untuk tujuan pengkompunan di Akta 757. Selain itu bengkel ini juga diharap dapat dijadikan sebagai platform untuk pihak Majlis Bandaraya Seremban menimba ilmu dan pengalaman daripada amalan

terbaik

pengurusan dan penguatkuasaan Akta 757 oleh Perbadanan Pengurusan Pangsapuri Orkid dan juga Majlis Bandaraya Johor Bahru.Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Bandar merangkap Pesuruhjaya Bangunan Majlis Bandaraya Seremban pada 23 November 2022.

BENGKEL PENGUATKUASAAN AKTA PENGURUSAN STRATA