1. Apakah maksud Kebenaran Merancang?
 

 
Subseksyen 2(1) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) telah mentafsirkan Kebenaran Merancang merupakan kebenaran yang diberikan, dengan atau tanpa syarat untuk menjalankan pemajuan dalam sesuatu kawasan.
Pemajuan ditafsirkan sebagai menjalankan apa-apa kerja bangunan, kejuruteraan, perlombongan, perindustrian, atau apa-apa kerja lain yang seumpamanya pada, di atas, di sebelah atas atau di bawah tanah, membuat sesuatu perubahan material mengenai penggunaan mana-mana tanah atau bangunan atau mana-mana bahagian daripadanya, atau memecah sempadan atau mencantumkan tanah dan "memajukan" hendaklah ditafsirkan dengan sewajarnya.
2. Keperluan Kebenaran Merancang?
  Keperluan bagi mendapat Kebenaran Merancang adalah diperuntukkan di bawah subseksyen 19(1) Akta 172 iaitu:
Tiada seorang pun, selain pihak berkuasa tempatan (PBT), boleh memulakan, mengusahakan, atau menjalankan apa-apa pemajuan melainkan jika kebenaran merancang berkenaan dengan pemajuan itu telah diberikan kepadanya di bawah seksyen 22 atau dilanjutkan di bawah subseksyen 24(3).
3. Siapakah yang terlibat dalam KM ini ?
 
  • Perunding Jururancang Bandar Bertauliah yang berdaftar dengan Lembaga Perancang Bandar Malaysia (LPBM).
  • Lembaga Perancang Bandar Malaysia (LPBM) merupakan satu badan profesional yang ditubuhkan berlandaskan Akta Perancang Bandar 1995 [Akta 538].
  • Lembaga Perancang Bandar Malaysia (LPBM) bertanggungjawab mengawal selia Perunding Jururancang Bandar Bertauliah yang menjalankan praktis di Malaysia.
4. Bagaimana penentuan harga yang dibuat bagi melantik pihak yang menguruskan KM ini?
  Perunding Jururancang Bandar Bertauliah yang menjalankan praktis di Malaysia perlu berdaftar dengan Lembaga Perancang Bandar Malaysia (LPBM) dan tertakluk kepada Skala Fi Minimum Perancang Bandar 2021 yang telah diluluskan oleh LPBM pada 9 Mac 2021. Merujuk kepada skala fi tersebut Fi Perubahan Material Dalam Penggunaan Tanah Atau Bangunan adalah seperti berikut :

i. Fi Asas = RM50,000.00
ii. Tambahan RM1,000.00 se hektar
iii. Fi Minimum bagi penyediaan asas adalah berdasarkan kos masa didarabkan faktor pengganda atau caj minimum sekaligus (lump sum) adalah tidak melebihi RM5,000.00
   
  >>>> Muat Turun Borang (Permohonan Pelan Kebenaran Merancang)