Majlis Pelancaran Nama Baru bagi Jalan Sikamat kepada Jalan Dato' Syeikh Mohd Murtadza

Seremban, 16 Mei 2023 - YAB Dato' Seri Haji Aminuddin bin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus telah meyempurnakan Majlis Pelancaran Nama Baru bagi Jalan Sikamat kepada Jalan Dato' Syeikh Mohd Murtadza di Tapak Penjaja (Foodtruck), Sikamat.

Allahyarham Dato' Syeikh Mohd Murtadza merupakan bekas Mufti ke-3 Negeri Sembilan (1987-2009) sememangnya banyak memberikan pelbagai sumbangan dalam bidang agama dan masyarakat. Allahyarham Dato' Syeikh Mohd Murtadza telah meninggal dunia pada 14 Mac 2017 dan disemadikan di Tanah Perkuburan Makam Tuan Haji Said, Seremban. Jalan Dato' Syeikh Mohd Murtadza dikenali mulai dari persimpangan Kem Sikamat sehingga persimpangan Jalan Pantai dengan panjang jajaran 7.97 Kilometer.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah Dato' Muhamad Nahar bin Haji Mohd Sidek, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, YB Dato' Haji Muhammad Khidir bin Majid, Pegawai Kewangan Negeri Sembilan, Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan, Ahli Dewan Undangan Negeri Sembilan, YBhg. Dato' Masri bin Haji Razali, Datuk Bandar MBS, Ketua Jabatan Daerah, Negeri & Perseketuan serta Ahli-Ahli Majlis MBS.

Majlis Pelancaran Nama Baru bagi Jalan Sikamat kepada Jalan Dato' Syeikh Mohd Murtadza Majlis Pelancaran Nama Baru bagi Jalan Sikamat kepada Jalan Dato' Syeikh Mohd Murtadza