1. Bermula 1 November 2022, setiap proses penukaran hak milik / pindah milik harta bagi maksud Cukai Taksiran di Majlis Bandaraya Seremban akan dikenakan caj fi proses sebanyak RM20.00.
  2. Kegagalan pemilik harta memaklumkan penukaran hak milik kepada pihak MBS sebelum 1 November 2022 akan dikenakan kompaun mengikut ketetapan seperti jadual dibawah.
  3. Merujuk kepada Seksyen 160, Akta Kerajaan Tempatan 1976 [Akta 171], pemilik harta hendaklah memaklumkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan apabila sesuatu harta itu dijual atau dipindah milik dalam tempoh 3 bulan dari tarikh hak milik (geran tanah) diperolehi atau 1 tahun dari tarikh kematian.
  4. Pemilik harta yang gagal berbuat demikian boleh dikenakan denda maksimum RM2,000.00 atau dipenjara maksimum 6 bulan atau kedua-duanya sekali.
  5. Pihak Kerajaan Negeri bersetuju supaya denda seperti perkara 4 di atas ditangguhkan dan juga bersetuju mengenakan kadar kompaun seperti perkara 2 di atas.
  6. Pemilik harta yang terlibat boleh hadir ke Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta (JPPH) Majlis Bandaraya Seremban dengan segera selewat-lewatnya pada 31 Oktober 2022 atau hubungi JPPH ditalian 06 7654758 sekiranya terdapat sebarang pertanyaan.
  7. Kepada pembeli harta / pemilik harta dalam kawasan MB Seremban, pastikan bil cukai taksiran didaftarkan atas nama tuan/puan. Sekiranya didaftarkan atas nama pemilik lama, anda akan dikenakan kompaun mulai 1 November 2022. Sila ambil peluang tempoh pemutihan ini untuk kemaskini maklumat sebelum 31 Oktober 2022.


TEMPOH PEMUTIHAN SEHINGGA 31 OKTOBER 2022