Berlibur di daerah Seremban bersama keluarga, rakan mahupun bersendirian merupakan pengalaman yang hebat dan meninggalkan memori manis sepanjang hidup anda. Pelbagai aktiviti yang menarik dapat anda lakukan di daerah ini. Berikut merupakan aktiviti yang wajib anda lakukan apabila melawat ke daerah ini :

 

Mendaki  Gunung atau Bukit di daerah Seremban

Berdasarkan geografi kedudukan Seremban, daerah ini sebenarnya dikelilingi oleh Banjaran Titiwangsa yang menjadi tulang belakang kepada Malaysia. Keunikkan Hutan Hujan Tropika ini dapat dirasai dengan anda mendaki ke beberapa bukit dan gunung yang terdapat di sini. Antaranya ialah Gunung Angsi, Gunung Berembun, Hutan Lipur Ulu Bendul, Bukit Kepayang dan banyak lagi.

 

‘Selfie’ di Mural-mural di daerah Seremban

Daerah Seremban juga tidak kurang hebat dengan keunikkan Lukisan Mural-mural yang terdapat di dalam Bandarnya. Terdapat dua lokasi yang sering menjadi tumpuan pelancong iaitu Bandar Seramban dan Pekan Lama Nilai. Hampir 50 mural-mural yang menarik dapat anda hayati atau bergambar untuk koleksi gambar peribadi anda.

 

Menerokai Aktiviti ‘Extreme’

Aktiviti Extreme kini menjadi kegilaan kepada pelancong kini kerana mereka ingin mencabar kekuatan dan keberanian diri seseorang diri individu.

 

Menghayati Adat Pepatih

Teras Budaya Adat Pepatih kian lama telah memayungi masyarakat di Bandar Seremban. Hal ini dapat dilihat dengan kemesraan, keharmonian dan kemuafakatan penduduk nya yang sentiasa mengamalkan cara hidup bertolenrasi. Oleh itu, sekirannya anda hendak menghayati bolehlah mengunjungi kebeberapa lokasi Budaya Perpatih seperi Jabatan Kebudayaan Keseniaan Negara, Negeri Sembilan, Muzium Negeri Sembilan dan banyak lagi.

 

Memburu makanan yang enak-enak

`Keunikkan Budaya Seremban mencetus 1001 rasa apabila anda menikmati keenakan makanan di Seremban. Kepada mereka yang `Food Hunter’ Seremban merupakan lokasi yang tepat kepada mereka kerana makanan yang di tawarkan di sini berbeza daripada rasa di negeri-negeri lain. Anda boleh pilih restoran, gerai atau Food Street kegemaran mengikut keselesaan dan citarasa pilihan anda. Apa yang paling penting ialah, anda perlu merasai Makanan Negeri Sembilan seperti masak lemak cilia api kerana ia merupakan pelengkap kepada kunjungan anda ke daerah Seremban.