Majlis Bandaraya Seremban telah mengadakan Majlis Penyerahan Lesen Memandu Pegawai Dan Kakitangan MBS bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan dan dirasmikan oleh YBhg Dato’ Haji Zazali bin Salehudin Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban bertempat di Ruang Dagang Paroi, Wisma MBS.

YBhg Datuk Bandar bersama 41 orang Pegawai Penguatkuasa MBS telah menerima lesen memandu motorsikal kategori ‘B’ (motorsikal melebihi 500 sp) daripada pihak JPJ Negeri Sembilan pada hari ini.

Inisiatif yang diambil oleh pihak MBS dalam mendapatkan lesen memandu motorsikal ‘B’ ini adalah sejajar dengan pelbagai perancangan yang telah dirangka oleh Pentadbiran Majlis untuk dilaksanakan pada masa hadapan. Antaranya ialah Pentadbiran MBS sedang dalam usaha untuk menubuhkan Unit Warden Trafik Penguatkuasaan dan buat permulaan pihak MBS akan membeli 4 buah jenis motorsikal berkuasa tinggi 250cc untuk dijadikan sebagai aset kepada Unit Warden Trafik MBS pada tahun ini.

Pentadbiran MBS yakin dengan pengwujudan Unit Warden Trafik ini bakal memberi impak yang sangat positif serta manfaat kepada warga bandar raya sekaligus dapat meningkatkan imej MBS dalam menguatkuasakan undang-undang yang sediada.

Selain itu, Pentadbiran MBS juga sedang merangka untuk mengadakan pelbagai program berbentuk ‘Kembara’ bersama Datuk Bandar dengan menaiki motorsikal berkuasa tinggi pada tahun hadapan, Insya Allah. Program ini bertujuan untuk menjelajah ke seluruh pelosok Daerah Seremban dengan lokasi yang bersesuaian. Objektif kembara ini juga adalah untuk mendidik orang ramai dengan mengadakan kempen kesedaran dalam menjaga kebersihan bandar raya.

Turut hadir pada majlis ini ialah Tuan Azrin bin Borhan Pengarah JPJ Negeri Sembilan, Tuan Mas Midyawan bin Yahya Setiausaha MBS, Encik Hanizam bin Ahmad Pengarah Undang-Undang & Penguatkuasaan MBS, pegawai JPJ dan pegawai MBS.

 

MAJLIS PENYERAHAN LESEN MEMANDU PEGAWAI DAN KAKITANGAN MAJLIS BANDARAYA SEREMBAN.

 

MAJLIS PENYERAHAN LESEN MEMANDU PEGAWAI DAN KAKITANGAN MAJLIS BANDARAYA SEREMBAN.

 

MAJLIS PENYERAHAN LESEN MEMANDU PEGAWAI DAN KAKITANGAN MAJLIS BANDARAYA SEREMBAN.

 

MAJLIS PENYERAHAN LESEN MEMANDU PEGAWAI DAN KAKITANGAN MAJLIS BANDARAYA SEREMBAN.

 

MAJLIS PENYERAHAN LESEN MEMANDU PEGAWAI DAN KAKITANGAN MAJLIS BANDARAYA SEREMBAN.