Page 6 - MPSNS FLIPBOOK
P. 6

Bandar
                                               Seremban
                                             muncul seperti
                                           mana   bandar-
                                        bandar lain di negara
                                      ini iaitu di sekitar tahun
                                    1870-an dan dipercayai
                                  bermula  apabila  kawasan
                                di sekitar Rasah di dapati kaya
                              dengan hasil bumi iaitu bijih timah.
                            Apabila  ianya  mengalami  kemasukan
                          penduduk (migrasi) yang pesat terdiri
                        dari orang-orang Cina,  Arab dan juga bangsa
                      Melayu dari tempat lain. Seremban bukan sahaja
                    menjadi pusat melombong bijih timah tetapi juga
                 pusat perdagangan. Peniaga-peniaga pada masa itu
               menggunakan Sungai Linggi sebagai laluan pengangkutan
             perdagangan mereka manakala penduduk Melayu tempatan di
           kawasan ini kebanyakannya adalah petani. Dahulunya Seremban
         di kenali sebagai Sungei Ujong yang telah wujud sejak kurun ke 14.
       Semasa era pemerintahan Portugis di Melaka, Sungei Ujong tertakluk
     kepada pemerintahan Sultan  Johor. Sungei Ujong bebas daripada
     pemerintahan  Sultan  Johor pada 1760. Sungei  Ujong mendapat nama
     daripada peristiwa penebangan pokok Merbau Tua di Rembau. Diceritakan
     pokok Merbau Tua tersebut sebesar 10 buah kampung dan mengambil masa
     sebulan untuk ditebang. Maka setelah pokok tersebut ditebang, bahagian
     hujungnya  jatuh  di  sebatang  sungai  dan  dijadikan  sebuah  penempatan
     setelah mereka jejaki hujung pokok tersebut. Demikian sejarahnya Sungai
     Ujong memperolehi namanya.
     Seremban was discovered around 1870 through the tin mining ore in Rasah.
     Later, due to migration of a few races , Seremban was not only prominent for
     tin ore mining but it’s also act as the trading center. The traders used to utilize
     the Linggi River as trade routes and the locals were mostly farmers. Seremban
     was founded at Sungei Ujong during the colonial of Portuguese reign in
     Malacca around the 14th century. By 1760, Sungei Ujong was released from
     the governance of Sultan Johore. Sungei Ujong was named after and Old
      Merbau Tree that was cut down in Rembau. It was colossal that they took nearly
      a month to cut the tree off. At that time, the edge of Merbau tree fell into a river
      and became a strategic settlement for the residents and Sungei Ujong finally
      got its name.


     5                                                                                                         6
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11