Page 7 - MPSNS FLIPBOOK
P. 7

(Museum of Negeri Sembilan)
       Muzium Negeri Sembilan telah ditubuhkan pada tahun 1953 iaitu apabila  Yam
       Tuan ke 8, Tuanku Abdul Rahman memberikan kebenaran supaya Istana Ampang
       Tinggi Kuala Pilah dipindahkan ke Taman Bunga di Jalan Dato’ Hamzah, Seremban
                       dan dijadikan sebagai Muzium Negeri. Oleh kerana
                       lokasinya tidak sesuai, Muzium ini telah dipindahkan
                       ke Kompleks  Taman Seni Budaya di  Jalan Sungai
                       Ujong pada tahun 1984 sehingga sekarang.
                       This museum was built in 1953 during the reign of
                       the 8th Yam Tuan, Tuanku Abdul Rahman. The Royal
       Highness permitted to move the Palace of Ampang Tinggi, Kuala Pilah to Taman Bunga
       at Jalan Dato’ Hamzah, Seremban. However, they decided to move the museum from
       Taman Bunga to Kompleks Taman Seni Budaya at Sungei Ujong district in 1984.

                               Tuanku Ja’afar Royal Gallery
      Galeri Diraja  Tuanku  Ja’afar adalah sebuah muzium yang dibangunkan untuk
      menghidupkan kenangan DYMM Almarhum Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku
      Abdul Rahman. Baginda telah ditabalkan sebagai  Yang di-Pertuan Besar Negeri
      Sembilan ke-10 pada tahun 1967 dan
      memerintah Negeri Sembilan selama 42
      tahun. Pada tahun 1994, baginda ditabalkan
      sebagai  Yang di-Pertuan  Agong Malaysia ke-
      10.
      This gallery was set up to reminisce the late
      DYMM Almarhum Tuanku Abdul Rahman. In 1967, His Highness was appointed as the
      10th Yang Di-Pertuan Besar of Negeri Sembilan and ruled the state for 42 years. His
      Highness was then appointed as the 10th Yang Di-Pertuan Agong of Malaysia in 1994.
             (Ampang Tinggi Palace)
       Istana kayu ini terdiri daripada beberapa panel berukir halus dan sepasang pintu
       gelangsar berat yang tidak boleh ditemui disebarang tempat di Semenanjung
                         Malaysia. Istana ini telah dibina di atas permatang
                         yang menghala ke sebuah sawah padi yang luas
                         oleh Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang
                         ke 5 iaitu Yamtuan Ulin (dikenali sebagai Yamtuan
                         Imam) yang memerintah dari tahun 1861-1869.
                         This wooden palace is made up of several carved
       wooden panels and a pair of a heavy sliding door, in which the door is nowhere to be
       found in Malaysia. The palace was built on a ridge nearby a paddy field founded by
       Yamtuan Ulin also known as Yamtuan Imam who was the 5th Yang Di-Pertuan Agong of
       Negeri Sembilan from 1860 untill 1869.

                                 Negeri Sembilan House
       Menurut Catatan , Rumah Negeri Sembilan telah dibina sejak 1898.Sebelum rumah
       ini ditukar nama Rumah Negeri Sembilan ia
       adalah milik Undang Sg Ujong yang terletak di
       Kampung Air Garam,Mambau. Pada tahun 1980-
       an, rumah ini dipindahkan ke tapak Kompleks
       Taman Seni Budaya sebagai muzium.Pada tahun
       1924 rumah ini pernah di bawa oleh Inggeris ke
       London bagi Pameran Great Wembley.
       Rumah Negeri Sembilan was recordedly built on
       1898. The home resides in Kampung Air Garam and was owned by Undang Sg Ujong
       before its name was then changed into its current name. On 1980s, the home was
       made into a museum in Kompleks Taman Seni Budaya. The home once flew to London
       for the Great Wembley exhibition in 1924.
     For Tourist Guide services please contact :
     Negeri Sembilan Tourist Guide Association
 5   Tel : +6019-213 6884                            6
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12