Laman Basikal yang terletak berhampiran Taman Tasik Seremban dan juga terletak di belakang rumah YAB Menteri Besar Negeri Sembilan kini berwajah baharu. Pelbagai kemudahan telah pun dinaik taraf seperti laluan basikal, tandas, taman permainan dan banyak lagi. Laman Basikal ini menawarkan perkhidmatan sewa basikal dengan harga yang bepatutan.

Terdapat 64 buah basikal yang disediakan dengan 8 jenis basikal yang berbeza yang sesuai untuk semua peringkat umur. Antara 8 jenis basikal tersebut ialah, City Angel Bicycle, Child Angel Bicycle, Double Angel Bicycle, Twin Angel Bicycle, Family Angel Bicycle, Fat Angel Bicycle, Fatty Angel Bicyle dan Triple Fat Angel Bicycle. Basikal- basikal tersebut boleh ditunggang sama ada berseorangan atau pun bersama pasangan dan ahli keluarga.

Jom beramai-ramai kita datang dan meluangkan masa bersama keluarga tersayang dengan cara yang sihat sambil berbasikal di Laman Basikal Seremban.

<<< Klik Untuk Lihat Jadual Harga Sewaan Basikal >>>

Jadual Operasi

laman basikal