Proses Pengebumian Orang Islam Di Makam Tuan Haji Said & Tanah Perkuburan Senawang
Pembayaran pengebumian boleh dibuat di Unit Pentadbiran, Majlis Bandaraya Seremban pada waktu bekerja dari jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang dan boleh juga dibayar di tempat pengebumian iaitu di Makam Tuan Haji Said dan di Perkuburan Senawang secara dalam talian ke dalam akaun Majlis Bandaraya Seremban (555014217763 MAYBANK ISLAMIC BERHAD). Majlis hanya menyediakan kakitangan bagi menggali dan menyediakan khemah teduhan sahaja. Bayaran bagi setiap kubur ialah RM80.00 sahaja. Sila hubungi kakitangan MBS seperti berikut :-
NAMA PENYELIA | NAMA PETUGAS | LOKASI |
Muhammad Nur Fitri Shahrom Bin Hussin |
|
Makam Tuan Haji Said |
Muhammad Nur Fitri Shahrom Bin Hussin |
|
Tanah Perkuburan Senawang |
Jika terdapat sebarang salah laku berhubung pekerja MBS di tanah-tanah perkuburan ini. Sila laporkan segera di talian 06 - 765 4333 beserta bukti (video / gambar) atau lain-lain dokumen berkaitan. MBS tidak menyediakan perkhidmatan papan lahad dan pembinaan pusara hendaklah disediakan sendiri oleh waris.
Proses Pengebumian di Tanah Perkuburan Kristian Sikamat & Tanah Perkuburan Sendayan
Pembayaran pengebumian boleh dibuat di Unit Pentadbiran, Majlis Bandaraya Seremban pada waktu bekerja dari jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang dan boleh juga dibayar secara dalam talian ke dalam akaun Majlis Bandaraya Seremban (555014217763 MAYBANK ISLAMIC BERHAD). Majlis hanya menyediakan kakitangan bagi menggali dan menyediakan khemah teduhan sahaja. Bayaran bagi urusan pengebumian di Tanah Perkuburan Kristian Sendayan adalah RM300.00 sahaja. Manakala Tapak Perkuburan Kristian Sikamat telah ditutup pada 06/07/2020 dan hanya dibuka kepada tempahan terdahulu sahaja yang mempunyai resit asal. Sila hubungi kakitangan MBS seperti berikut :-
NAMA PENYELIA | NAMA PETUGAS | LOKASI |
Muhammad Nur Fitri |
J.Komar a/l Krishnan |
Tanah Perkuburan Kristian Sikamat |
Muhammad Nur Fitri 017 - 303 1489 Rajaratnam a/l Veeriah 012 368 1834 |
Jagen a/l Paramasevam |
Tanah Perkuburan Kristian Sendayan |
Jika terdapat sebarang salah laku berhubung pekerja MBS di tanah-tanah perkuburan ini. Sila laporkan segera di talian 06 - 7654333 beserta bukti (video / gambar) atau lain-lain dokumen berkaitan. MBS tidak menyediakan perkhidmatan pembinaan pusara dan hendaklah disediakan sendiri oleh waris.