Lesen ini dikeluarkan untuk jenis perniagaan seperti:-

  • Tred, Perniagaan dan Perindustrian
  • Makanan/Minuman
  • Gunting dan Mendandan Rambut
  • Hotel & Rumah Tumpangan

Permohonan yang lengkap akan diproses dan diberi jawapan dalam tempoh 30 hari dari tarikh permohonan

 

Kaedah Permohonan

  • Permohonan hendaklah dibuat dengan melengkapkan borang Lesen Tred Perniagaan dan Iklan di bawah Akta Kerajaan Tempatan yang telah diisi dengan lengkap dan terang serta mengemukakan dokumen sokongan yang diperlukan.
  • Borang permohonan yang telah lengkap hantarkan kepada:-

    Jabatan Pembersihan Dan Kesihatan Persekitaran,
    Majlis Bandaraya Seremban
    Wisma MBS,
    Persiaran Forest Heights 1,
    Jalan Seremban – Tampin,
    70450 Seremban, Negeri Sembilan
    Tel : 06-765 4318

    Kaunter Jabatan Pembersihan Dan Kesihatan Persekitaran,
    No.1, Kompleks Pentadbiran Kerajaan
    Persiaran Pusat Bandar, Putra Nilai,
    71800 Nilai, NSDK (Kaunter OSC No. 10)
    Tel : 06-7989003
  • Sekiranya menjalankan perniagaan makanan, syarat tambahan dikenakan iaitu perlu mengikut Kursus Pengendalian Makanan dan mendapatkan suntikan (Typhoid) terlebih dahulu.
  • Bayaran proses RM30.00
     

Garis Panduan Umum

BIL JENIS PERNIAGAAN KAWASAN YANG DIBENARKAN

1

Kedai Tayar, Bateri, , Aksesori Kereta, Cermin Kereta, Ekzos Kereta, Kusyen Kereta, Hawa Dingin Kereta, Penjual Tayar

  1. Luar pusat bandar bukan simpang jalan atau
  2. Kawasan perindustrian/Industri ringan

Catatan :-
Jln Za’aba, Jln Tuanku Antah tidak dibenarkan kecuali premis perniagaan ada jalan susur.

2

Bengkel Kenderaan

Kawasan perindustrian/Industri ringan

3

Kilang

Kawasan perindustrian/Perusahaan / Industri ringan

4

Pusat Tuisyen/Kolej Pendidikan

Bangunan bertingkat perlu memasang tangga kedua perlu mendapat pengesahan Jurutera Bertauliah dan Jbt. Bomba & Penyelamat.

5

Tadika/Taska

  • Rumah teres (tepi)  berkembar/banglo di taman perumahan atau rumah kedai di lot perniagaan (perlu menyediakan 'indoor playground')
  • Rumah/Bangunan bertingkat perlu memasang tangga kedua perlu mendapat pengesahan Jurutera Bertauliah dan Jbt. Kawalan Bangunan MS
  • Perlu mendapat kebenaran bertulis daripada jiran (Kiri, Kanan, Depan & Belakang)

6

Premis Makanan Dan Minuman Jenis Pub/Café

Taman AST, Kemayan Square dan Oakland dan Terminal 2.

7

Keranda

Kawasan perusahaan ringan

8

Penjualan Borong (Wholesale)

Luar pusat Bandar dan tidak di simpang jalan

9

Kedai Runcit (Rumah Kediaman) Tahun Ke Tahun

Dibekukan

10

Restoran/Kedai Makan

  • Semua kawasan yang terdapat rumah kedai kecuali disebelah kiri/kanannya yang terdahulu telah terdapat bengkel/ kedai motosikal @ perniagaan yang boleh menyebabkan pencemaran
  • Semua premis perniagaan makanan/minuman hendaklah memasang perangkap minyak (grease trap) sebelum lesen dikeluarkan

11

Pameran/Menjual Kereta Terpakai (yang bukan rumah kedai)

  • Tanah yang berstatus perniagaan sahaja.
  • Perlu mengemukakan pelan ‘layout’ kedudukan tapak dan jalan keluar/masuk.

12

Barang Lusuh / Besi Buruk

Dibekukan

13

Pusat Cyber Cafe

Dibekukan

14

Rumah Urut Tradisional & Refleksologi

Dibekukan

15

Pusat Persolekan / Pusat Kecantikan

Pengusaha yang mempunyai sijil kelayakan berkaitan dan berdaftar dengan Kementerian Pelancongan Dan Kebudayaan Malaysia

16

Kitar Semula Plastik / Tin / Kotak

Kawasan Perindustrian / Industri Ringan

 

PERINGATAN :-

BIL JENIS PERNIAGAAN KAWASAN YANG DIBENARKAN

1

Semua Premis Perniagaan

Semua premis perniagaan hendaklah dicat semula sekiranya cat telah luntur sebelum lesen diluluskan.

2

Lesen Iklan

  • Visual iklan minuman keras/bir dan rokok tidak dibenarkan
  • Visual Iklan hendaklah mendapatkan pengesahan dari Dewan Bahasa Dab Pustaka.

Dokumen Sokongan

  • Memorandum dan perkara persatuan bagi syarikat (Memorendum and Articles of Association), Borang 24 ( Return Of Allotment Register of Directors, Managers and Secretaries and changes of Particulars) mengikut Akta Pendaftaran Syarikat 1965.

ATAU

  • Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM)
  • 8 salinan pelan lokasi yang menunjukkan di mana perniagaan hendak dijalankan dan disertakan (gunakan ruang di perkara F).
  • 1 salinan surat perjanjian atau kebenaran tuan bangunan (jika bukan bangunan sendiri).
  • 1 salinan pelan lantai premis berkenaan, 1 salinan Sijil Suntikan Typhoid (Ty2) dan 1 salinan Kursus Pengendalian Makanan setiap pekerja (kilang dan premis makanan sahaja).
  • 1 salinan sijil kelayakan menduduki bangunan (CCC) (bangunan baru sahaja).
  • 1 keping gambar premis pandangan hadapan, 1 keping gambar premis pandangan belakang, 1 keping gambar premis premis pandangan sisi, dan 2 keping gambar premis bahagian dalam (pandangan depan dan belakang) gambar dalam ukuran saiz 3R
  • 1 salinan sijil carian rasmi daripada Pejabat Tanah dan Daerah / Pejabat Tanah dan Galian
  • 1 salinan bil bayaran cukai taksiran dan cukai tanah terkini yang telah dijelaskan
  • 1 salinan kad pengenalan pemohon yang dipalang 'UNTUK KEGUNAAN MBS'.
  • Dokumen tambahan mengikut yang ditetapkan
  • Surat daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa (MIDA) jika pelabur antarabangsa.
  • Permohonan iklan hendaklah mendapat kelulusan daripada Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Online : Laman Web Rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka (Sijil Pengesahan Bahasa)

    - Pengesahan Bahasa
    - Sijil Pengesahan Dewan Bahasa Dan Pustaka
    No.Tel : 03-2147910 / 03-21479500 / 03-21479600

 

Borang

Klik Untuk Muat Turun Borang

Sebarang masalah sila hubungi :

Jabatan Pembersihan Dan Kesihatan Persekitaran,
Majlis Bandaraya Seremban

Tel : 06-765 4318 (Zon Seremban)
Tel : 06-7989003 (Zon Nilai)