Dalam usaha membangunkan penglibatan masyarakat di Daerah Seremban, pembangunan sosial perlu diwujudkan dan diperkasakan. Pembangunan sosial dilihat dapat memudahkan dan membantu anggota masyarakat yang memerlukan bantuan dan perhatian.

Hasil usaha dan jaringan kerjasama pelbagai pihak termasuk sektor awam dan swasta, NGO dan masyarakat setempat perlu diperkasakan agar dapat membantu masyarakat setempat menjalani kehidupan seharian dengan lebih mudah.

4 aspek utama yang perlu dititikberatkan atau diterima pakai untuk pembangunan sosial adalah seperti berikut:-

Pertama : Memupuk semangat kesukarelawanan

Kedua : Menggalakkan kewujudan pembangunan sosial mengikut keperluan dan kepentingan masyarakat setempat

Ketiga : Memperkukuh pembangunan sosial sedia ada dalam masyarakat setempat

Keempat : Mewujudkan jaringan kerjasama strategik antara penyedia perkhidmatan sosial luar dengan masyarakat setempat