SYARAT-SYARAT KELULUSAN PERMOHONAN LESEN ANJING :

  1. Semua anjing yang berumur 4 bulan dan lebih hendaklah dilesenkan.
  2. Pemilik anjing DIWAJIBKAN memandulkan anjing peliharaan dan mengemukakan Borang Pengesahan Pemandulan Anjing (boleh diperolehi di klinik Haiwan tersenarai) yang telah disahkan oleh klinik haiwan berkenaan. Syarat ini dikecualikan bagi kategori anjing seperti berikut:

    a. Anjing baka Istimewa (special breed). (Pengesahan Doktor diperlukan)

    b. Anjing yang digunakan untuk pertandingan dan lain-lain. (Sokongan daripada agensi bertauliah)
     
  3. Pemohon yang menginap di Apartment, Rumah Flat tidak dibenarkan memelihara anjing.
  4. Satu (1) rumah kediaman hanya dibernarkan memelihara dua (2) ekor anjing sahaja. Tempoh sah lesen adalah Januari - Disember sahaja.
  5. Bayaran lesen anjing adalah RM10.00 bagi seekor anjing.
  6. Lesen yang hilang tidak akan diganti. Pemilik hendaklah memohon lesen yang baru dan dikehendaki membayar sebanyak RM10.00 setiap lesen / ekor.
  7. Lencana lesen yang dikeluarkan oleh Majlis Bandaraya Seremban hendaklah sentiasa digantung dileher anjing pada setiap masa.
  8. Tali menggantung lencana logam adalah dibawah tanggungjawab pemilik anjing. 

*Berkuatkuasa 2 Januari 2024

>>>> Klik untuk PERMOHONAN ONLINE LESEN ANJING
>>>> Klik untuk muat turun BORANG PEMANDULAN ANJING
>>>> Klik untuk muat turun SENARAI KLINIK HAIWAN
 

Sebarang pertanyaan hubungi Jabatan Kewangan di talian 06-765 4378/06-765 4341

Tarikh Kemaskini: