MAKLUMAN KAWALAN DEMAM DENGGI

Untuk makluman orang awam, Majlis Bandaraya Seremban (MBS) melalui Jabatan Kesihatan Persekitaran melaksanakan tindakan kawalan demam denggi berdasarkan lokasi wabak yang disenaraikan oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD).

Antara tindakan kawalan yang dilaksanakan oleh pihak MBS adalah seperti berikut:

  • Pembasmian tempat pembiakan Aedes
  • Semburan larvaciding bagi membasmi jentik-jentik
  • Semburan ruang termal (fogging dan ULV) bagi mengawal nyamuk Aedes
    dewasa

Orang awam boleh menyemak status dan lokasi wabak denggi melalui pautan berikut:

[ Semakan Status Lokasi Wabak Denggi ]

Kerjasama orang awam amat penting dengan memastikan persekitaran sentiasa bersih dan bebas daripada tempat pembiakan nyamuk Aedes

Tiada Aedes, Tiada Denggi!

Mari bersama-sama cegah denggi demi kesejahteraan warga Bandaraya Seremban