1. CUKAI TAKSIRAN
Cukai Taksiran adalah cukai yang dikenakan kepada semua pegangan atau hartanah berkadar yang ada di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Seremban (MBS).
Punca kuasa untuk mengenakan Cukai Taksiran adalah dibawah Seksyen 127, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).
Nilai Tahunan ialah Anggaran Sewa Kasar Setahun yang munasabah dijangka akan diperolehi dari setahun ke setahun dari pegangan yang berkenaan jika disewakan.
NILAI TAHUNAN = ANGGARAN SEWA KASAR SEBULAN X 12 BULAN |
Contoh perkiraan cukai taksiran bagi rumah teres 1 tingkat.
Luas Bangunan |
140.00 Meter Persegi |
Anggaran Sewa Kasar |
RM150.00 Sebulan |
Nilai Tahunan |
RM150.00 X 12 bulan = RM1,800.00 |
Kadar |
13% |
Cukai Taksiran Setahun |
RM1,800.00 X 13% = RM234.00 |
Cukai Taksiran Sepenggal |
RM234.00 ÷ 2 penggal = RM117.00 |
Bil Cukai Taksiran
- Bil cukai taksiran akan dikeluarkan dua kali setahun iaitu pada setiap bulan Januari dan Julai.
- Tempoh akhir pembayaran bil cukai taksiran adalah pada 28 Februari dan 31 Ogos setiap tahun.
- Selepas tarikh itu, Kos Notis Tuntutan Borang E sebanyak RM20.00 berserta tunggakan cukai taksiran akan dikenakan dan dikemukakan kepada pemilik-pemilik.
- Majlis juga akan mengambil tindakan Mahkamah bagi menuntut tunggakan cukai taksiran ini dan harta-harta yang tertunggak boleh disita dan dilelong.