Sebarang iklan kain rentang hendaklah mendapat kebenaran pihak Majlis. Permit akan dikeluarkan untuk setiap pemasangan kain rentang untuk iklan yang digantung pada bangunan dalam kawasan Majlis atau papan iklan MBS yang kosong.

SYARAT PERMOHONAN :

  • Melengkapkan borang permohonan untuk lesen iklan / papantanda bagi kelas A/B/C.
  • Borang ini hendaklah diisi dengan terang dan jelas.
  • Kembalikan borang ini beserta dengan dokumen - dokumen berikut :-
    1. Contoh lukisan (artwork) cetakan komputer lengkap dengan ukuran kain rentang / 'bunting' dan ukuran perkataan. (1 helai / keping)
    2. Surat kebenaran / kelulusan sekiranya kain rentang / 'bunting' digantung / dipamerkan di bangunan Pejabat Kerajaan / Permis Perniagaan / Tanah Persendirian / Harta Persendirian.
  • Permohonan yang tidak lengkap dan tidak mengikut syarat akan ditolak.
  • Borang yang telah dipenuhkan hendaklah diserahkan kepada Jabatan Pentadbiran MBS.
  • Ukuran Kain Rentang : 18 kaki x 3 kaki (5.49 meter x 0.92 meter) dan
    Ukuran ' Bunting' : 6 kaki x 2 kaki ( 1.83 meter x 0.61 meter)
  • Bagi Permohonan Kain Rentang/'Bunting' berbentuk pengiklanan perniagaan, pemohon dikehendaki mengemukakan salinan Lesen Perniagaan tahun semasa. Permohonan yang tidak disertakan salinan lesen tersebut, tidak akan diluluskan oleh Majlis Bandaraya Seremban.
  • Permohonan hendaklah dikemukakan oleh pembekal/syarikat pembekal Kain Rentang/'Bunting'.

Kadar Bayaran Dan Tempoh Pameran :-

Permit

Zon Seremban : RM 30.00 sehelai
Zon Nilai : RM 15.00 sehelai

Pelekat (Sticker)

RM 5.00 sehelai

Wang Pertaruhan (Deposit)

RM 70.00 sehelai pertama dan tambahan RM 5.00 untuk setiap helai tambahan kain rentang / 'bunting'

Bayaran Tiang MPS

RM 10.00 sehelai (satu tiang)

Tempoh mempamerkan kain rentang

1 bulan sahaja

  • Semua bayaran yang dikenakan hendaklah dijelaskan sebelum kain rentang / 'bunting' tersebut dipamerkan.
    Wang pertaruhan tidak akan dikembalikan sekiranya syarat-syarat tidak dipatuhi.
  • Pemulangan semula wang pertaruhan, resit asal wang pertaruhan perlulah dikembalikan oleh pemohon kepada Majlis selepas tamat tempoh mempamer kain rentang / 'bunting'.

Syarat – Syarat Pemasangan:-

  1. Pelekat (sticker) hendaklah ditampal disudut sebelah kanan bahagian bawah pada setiap helai kain rentang / 'bunting'.
  2. Kain rentang/bunting yang dipasang tanpa permit akan dikenakan denda yang ditetapkan di bawah Seksyen 119, Akta Kerajaan Tempatan 1976.
  3. Satu (1) helai lukisan (artwork) cetakan komputer lengkap dengan ukuran kain rentang / 'bunting' dan ukuran perkataan mestilah dilampirkan bersama- sama dengan borang permohonan.
  4. Perkataan/bahasa pada kain rentang / 'bunting' hendaklah didalam Bahasa Malaysia. Jika terjemahan ke bahasa-bahasa lain hendak digunakan, ianya mestilah tidak melebihi dari kadar ½ tulisan dalam Bahasa Malaysia dan perkataan hendaklah ditulis dengan ejaan yang betul.
  5. Kain rentang / 'bunting' hendaklah dijaga supaya tidak menibulkan halangan kepada lalulintas atau pemandangan.
  6. Kain rentang / 'bunting' hendaklah diturunkan oleh pembekal/pemohon apabila tamat tempohnya.
  7. Majlis Bandaraya Seremban tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan/kerosakan pada kain rentang / 'bunting' tersebut.
  8. Pihak Majlis akan menurunkan kain rentang / 'bunting' yang tidak mengikut saiz dan diikat dengan betul serta wang pertaruhan tidak akan dikembalikan.
  9. Pemasangan 'bunting' hendaklah di tiang lampu MBS yang mempunyai braket sahaja serta tidak boleh menggunakan kawad atau dawai dan mesti dibuka semula oleh pemohon dalam tempoh 24jam selepas tempoh tamat / majlis berakhir. Jika engkar, wang pertaruhan tidak akan dikembalikan.
  10. Permohonan iklan hendaklah mendapat kelulusan daripada Dewan Bahasa dan Pustaka
    Online : Laman Web Rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka
    - Pengesahan Bahasa
    - Sijil Pengesahan Dewan bahasa Dan Pustaka
    No.Tel : 03-2147910 / 03-21479500 / 03-21479600

Lokasi Struktur / Tiang Kain Rentang

BIL

LOKASI

1

Ampangan (Bangunan Flat UDA)

2

Amapangan (Pasar Ampangan)

3

Simpang Jalan Tok Ungku

4

Jalan Tun Dr. Ismail

5

Jalan Sg. Ujong (Berhampiran PETRONAS)

6

Pasar Besar Seremban

7

Jalan ke Sek. Sri Puteri (Lobak)

8

Padang lobak

9

Simpang Jalan Tok Ungku - Rasah Jaya

10

Simpang Jalan Tok Ungku - Blossom Height

11

Simpang Jalan Kuala Pilah - Senawang

12

Simpang Lampu Isyarat Masjid Hussin, Seremban 2

13

Simpang Lampu Isyarat Pasaraya Mydin / Kastam Seremban 2

BIL

LOKASI

1

Bulatan Pertama – Berhampiran Giant

2

Bulatan Kedua – Berhampiran Pejabat MPN

3

Bulatan Ke Inti Kolej

4

Taman Semarak Ke Mantin

5

Pekan Nilai – Hadapan Balai Polis

6

Simpang Tiga Nilai – Salak – Labu

7

Enstek

8

Taman Seremban Jaya

9

Taman Tuanku Jaafar

* Pemohon hendaklah membuat semakan lokasi tiang MBS yang kosong terlebih dahulu sebelum membuat permohonan.
* Hanya kain rentang yang berukuran 18' x 3' sahaja dibenarkan digantung/dipamer di Tiang MBS.

 

Senarai Jalan / Lokasi Yang Dibenarkan Untuk Menggantung 'Bunting'

BIL

LOKASI

1

Jalan Tun Dr. Ismail

2

Jalan Temiang

3

Jalan Tan Sri Manickavasagam / Jalan Lobak

4

Jalan Dato' Muda Linggi

5

Jalan Za'aba

6

Jalan Tuanku Antah

7

Jalan Tok Ungku

8

Jalan Ampangan

9

Jalan Kuala Pilah

10

Jalan Sikamat

11

Jalan Dato' Siamang Gagap

12

Jalan Rasah

13

Jalan Senawang

14

Jalan Jelebu

15

Jalan Seremban - Tampin

Syarat-Syarat Tambahan Permohonan 'Bunting'

  • Sila catatkan bilangan 'bunting' yang hendak digantung di setiap lokasi.
  • Sila dapatkan kelulusan pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) terlebih dahulu sebelum membuat permohonan di MBS. Surat kelulusan dari TNB hendaklah dilampirkan bersama-sama borang permohonan MBS.
  • Tidak dibenarkan dipasang merentang jalan, dibulatan jalan, persimpangan jalan, dahan-dahan atau pokok-pokok, memasang lakaran iklan di lapangan tidak sama seperti yang dipohon.
  • Tidak dibenarkan mendirikan atau memasang struktur.
  • Permohonan 'bunting' melebihi 20 helai perlu mendapatkan kelulusan Pengarah Perkhidmatan Bandar dan Kesihatan, MBS terlebih dahulu.
  • Borang permohonan yang telah lengkap hantarkan kepada:-
    1. Jabatan Pembersihan Dan Kesihatan Persekitaran,
      Tingkat Bawah,Majlis Perbandaran Seremban
      Wisma MBS,
      Persiaran Forest Heights 1,
      Jalan Seremban - Tampin,
      70450 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus
      Tel : 06-765 4318
    2. Kaunter Jabatan Pembersihan Dan Kesihatan Persekitaran,
      No.1, Kompleks Pentadbiran Kerajaan
      Persiaran Pusat Bandar, Putra Nilai,
      71800 Nilai, NSDK (Kaunter OSC No. 10)
      Tel : 06-7989003

Sebarang masalah sila hubungi :

Jabatan Pembersihan Dan Kesihatan Persekitaran,
Majlis Bandaraya Seremban
Tel : 06 - 765 4318 (Zon Seremban)
Tel : 06-7989003 (Zon Nilai)