Warna Tema        
Saiz Tulisan -A A +A
 

Permohonan Pulangan Balik Cukai Taksiran (Remisi)

 

1.  Pulangan Balik Cukai Taksiran (remisi) adalah dimana pemilik bangunan boleh memohon untuk mendapatkan semula cukai taksiran yang telah dibayar kepada Pihak Berkuasa Tempatan sekiranya bangunan yang dimiliki itu kosong dan untuk disewa (bukan untuk dijual)

2.  Namun permohonan hanya boleh dipertimbangkan sekiranya semua syarat-syarat telah dipatuhi oleh pemohon. Permohonan remisi ini akan dipertimbangkan dengan syarat bayaran cukai taksiran dijelaskan terlebih dahulu.

3.  Telah memberi kenyataan bertulis kepada Pentadbiran Majlis dalam tempoh masa tujuh (7) hari daripada tarikh bangunan itu dikosongkan dan remisi adalah dikira mulai daripada tarikh surat yang diterima oleh Pentadbiran Majlis.

4.  Tiada pulangan balik cukai taksiran (remisi) akan diberi sekiranya kekosongan bangunan tersebut kurang dari satu bulan (30 hari) bagi setiap setengah tahun taksiran.

Prosedur & Syarat   

  • Menghantar surat permohonan rasmi sebagaimana yang diperuntukan di bawah Seksyen 162 (2), Akta 171.
  • Mengemukakan 3 bulan salinan bil elektrik / surat pengesahan meter TNB yang disahkan oleh pemilik (jika meter tidak dipasang) kepada pihak majlis.
  • Memastikan bangunan berkenaan berada dalam keadaan bersih, baik dan selamat untuk diduduki.
  • Segala usaha mendapatkan penyewa telah dijalankan dan memaparkan iklan untuk disewa di bangunkan berkenaan.
  • Menawarkan harga sewa yang berpatutan.
  • Memastikan bangunan adalah kosong sepanjang tempoh masa remisi dituntut.
  • Memastikan segala tunggakan cukai taksiran telah dijelaskan selewat-lewatnya sebelum 31/5 (penggal pertama) atau 31/11 (penggal kedua) setiap tahun.
  • Tiada pulangan balik cukai taksiran (remisi) akan diberi kepada pihak pemaju / individu bagi permohonan rumah kediaman / komersial yang tidak dapat dijual.
  • Pihak pemaju yang membuat permohonan remisi hendaklah mengemukakan surat lantikan ejen hartanah yang berdaftar dengan Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah Malaysia sebagai bukti bahawa bangunan berkenaan dalam usaha mencari penyewa dan bukan pembeli.
  • Pemohon hendaklah memberitahu Majlis dengan cara bertulis dalam tempoh masa 15 hari daripada tarikh bangunan itu didiami semula.
  • Surat permohonan rasmi untuk mendapatkan remisi dan surat membuat tuntutan pembayaran remisi hendaklah dihantar ke alamat berikut.

Jabatan Penilaian Dan Pengurusan Harta
Tingkat 1, Majlis Bandaraya Seremban
Wisma Bandar Raya
Lot 14392, Persiaran Forest Heights 1
Jalan Seremban Tampin
70450 SEREMBAN

Dokumen Sokongan

  • Salinan 3 bulan bil elektrik / surat pengesahan meter TNB yang disahkan oleh pemilik (jika meter tidak dipasang)
  • Surat perlantikan ejen hartanah (jika ada)
  • Keratan iklan melalui akhbar (jika ada).
  • Gambar bangunan terlibat (yang menunjukan iklan untuk disewa ).
  • Salinan bil cukai taksiran semasa.

Borang