Warna Tema        
Saiz Tulisan -A A +A
 

Permit Sementara

Permohonan Lesen Dan Permit

Permit Sementara

Permit sementara yang dikeluarkan untuk perniagaan sementara seperti Penjaja sementara di musim perayaan dan promosi jualan. Permit sementara dikeluarkan bagi memberi kemudahan kepada peniaga yang berniaga secara sementara di lokasi-lokasi yang sesuai.

Kaedah Permohonan

Permohonan boleh dikemukakan dengan melengkapkan borang Permohonan Permit Sementara berserta dokumen sokongan yang diperlukan dan hantarkan kepada:-
 

  • Jabatan Pembersihan Dan Kesihatan Persekiratan,
    Tingkat Bawah,Majlis Bandaraya Seremban
    Wisma MBS,
    Persiaran Forest Heights 1,
    Jalan Seremban - Tampin,
    70450 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus
    Tel : 06-765 4318

 

  • Kaunter Pembersihan Dan Kesihatan Persekiratan,
    No.1, Ko mpleks Pentadbiran Kerajaan
    Persiaran Pusat Bandar, Putra Nilai,
    71800 Nilai, NSDK
    (Kaunter OSC No. 10)
    Tel : 06-7989003

 

Dokumen Sokongan

  • 1 keping salinan kad pengenalan pemohon dan pembantu.
  • 2 keping gambar pemohon.
  • 2 keping gambar pembantu.
  • Salinan Sijil Pengendalian Makanan dan Suntikan anti-tifoid untuk permohonan menjual makanan dan minuman
  • Surat kebenaran daripada pemilik premis jika perniagaan dijalankan di  premis bukan milik sendiri
  • Bayaran proses :
    • Zon Seremban : RM 20.00
    • Zon Nilai        : Tiada Bayaran
       

Klik Untuk Muat Turun Borang


Sebarang masalah sila hubungi :

Jabatan Pembersihan Dan Kesihatan Persekitaran,
Majlis Bandaraya Seremban

Tel : 06 - 765 4318 (Zon Seremban)
Tel : 06-7989003 (Zon Nilai)