Warna Tema        
Saiz Tulisan -A A +A
 

Permohonan Kelulusan Pelan Bangunan (Tambahan & Ubahsuai Rumah Kediaman)

Pengenalan

Pemilik rumah yang ingin melakukan kerja ubahsuai perlu mengemukakan pemohonan dan mendapatkan kelulusan terlebih dahulu daripada MBS. Permohonan ini boleh dikemukakan oleh Arkitek profesional atau Pelukis Pelan Bangunan berdaftar.

Pemilik perlu mendapatkan surat tiada halangan daripada jiran sekiranya kerja-kerja tambahan / ubahsuai melibatkan bahagian rumah yang bersempadanan dengan rumah jiran. Semua kerja-kerja yang dijalankan hendaklah dikemaskan pada bahagian sebelah dalam dan luar dan hendaklah tidak menjadi suatu pemandangan yang tidak elok atau mengakibatkan aduan oleh jiran-jiran. Sebagai contoh, jika kerja-kerja sambungan itu melibatkan pembinaan dinding pemisah, maka dinding ini hendaklah dilepa dan dicatkan di kedua belah permukaan oleh pemilik bangunan yang membuat sambungan lebih dahulu.

Pemilik hendaklah memastikan sisa-sisa binaan diletakkan di tempat yang tidak menghalang lalu lintas dan hendaklah dibersihkan dari tapak binaan setelah kerja-kerja selesai dijalankan.

Pemilik adalah bertanggungjawab sepenuhya ke atas kestabilan dan kekukuhan semua struktur –struktur yang dibina. Pihak Majlis Bandaraya Seremban tidak akan bertanggungjawab ke atas segala tuntutan, dakwaan atau tindakan yang diakibatkan dari pembinaan berkenaan.

Muat Turun

Borang Semakan Permohonan Kelulusan Pelan Bangunan (Tambahan & Ubahsuai Rumah Kediaman)

Borang Kebenaran Jiran

Kaedah Bayaran

Segala bayaran boleh dibuat di dalam bentuk :

Banker’s Cheque / Cashier’s Order / Wang Kiriman Pos / Wang Pos / Resit Pembayaran Secara Online

( *Cek Individu / Syarikat dan Tunai tidak dibenarkan)

Atas nama : MAJLIS BANDARAYA SEREMBAN

 

Hubungi 

​​Pejabat Utama MBS :

Kaunt​​er Jabatan Kawalan Bangunan, 
Majlis Bandaraya Seremban
Wisma MBS,
Persiaran Forest Heights 1,
Jalan Seremban – Tampin,
70450 Seremban, Negeri Sembilan
​​Telefon : 06-765 4333 atau 06-765 4938
Faks     : ​06-765 4939

Pejabat Cawangan Nilai : 

​​Kaunt​​er Jabatan Kawalan Bangunan, 
Majlis Bandaraya Seremban
No. 1, Kompleks Pentadbiran Kerajaan, 
Persiaran Pusat Bandar, Putra Nilai, 
71800 Nilai, Negeri Sembilan 
​​Telefon : 06-798 9000 atau 06-789 9007
Faks : ​06-799 8409