1. CUKAI TAKSIRAN

 

Bullet arrow Cukai Taksiran adalah cukai yang dikenakan kepada semua pegangan atau hartanah berkadar yang ada di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Seremban (MBS).

Bullet arrow Punca kuasa untuk mengenakan Cukai Taksiran adalah dibawah Seksyen 127, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).

Bullet arrow Nilai Tahunan ialah Anggaran Sewa Kasar Setahun yang munasabah dijangka akan diperolehi dari setahun ke setahun dari pegangan yang berkenaan jika disewakan.

NILAI TAHUNAN = ANGGARAN SEWA KASAR SEBULAN X 12 BULAN

Bullet arrow Contoh perkiraan cukai taksiran bagi rumah teres 1 tingkat.

Luas Bangunan

140.00 Meter Persegi

Anggaran Sewa Kasar

RM150.00 Sebulan

Nilai Tahunan

RM150.00 X 12 bulan = RM1,800.00

Kadar

13%

Cukai Taksiran Setahun

RM1,800.00 X 13% = RM234.00

Cukai Taksiran Sepenggal

RM234.00 ÷ 2 penggal = RM117.00

1.5 Bil Cukai Taksiran

  • Bil cukai taksiran akan dikeluarkan dua kali setahun iaitu pada setiap bulan Januari dan Julai.
  • Tempoh akhir pembayaran bil cukai taksiran adalah pada 28 Februari dan 31 Ogos setiap tahun.
  • Selepas tarikh itu, Kos Notis Tuntutan Borang E sebanyak RM20.00 berserta tunggakan cukai taksiran akan dikenakan dan dikemukakan kepada pemilik-pemilik.
  • Majlis juga akan mengambil tindakan Mahkamah bagi menuntut tunggakan cukai taksiran ini dan harta-harta yang tertunggak boleh disita dan dilelong.