Warna Tema        
Saiz Tulisan -A A +A
 

Jabatan & Unit

Objektif
  1. Bertanggungjawab mempertingkatkan serta melicinkan pengurusan Jabatan Kejuruteraan dan pentadbiran Majlis.
  2. Bertanggungjawab memastikan semua senggaraan seperti jalanraya, perparitan, lalulintas, bangunan, longkang dan lain-lain sentiasa berada dalam keadaan baik dan selamat digunakan dari masa ke semasa.
  3. Memproses semula pelan-pelan infrastruktur untuk kerja tanah, jalan dan lampu jalan.
  4. Menyelenggara bangunan dan harta Majlis Perbandaran Seremban.
  5. Memberi nasihat teknikal untuk projek-projek pembangunan yang dilaksanakan secara usaha sama dengan pihak swasta.
  6. Mengkaji, merancang dan melaksanakan sistem lalulintas dalam kawasan pentadbiran Majlis terutamanya dalam Pusat Bandar.
  7. Menyenggara bengkel dan stor Majlis termasuk mengurus pembelian secara berpusat dan menyelenggara kenderaan dan jentera Majlis.
  8. Memastikan kemudahan-kemudahan sosial dan riadah disediakan untuk penduduk setempat.
 
Fungsi
  1. Penyelenggaraan Jalan dan Saliran
  2. Pengurusan Projek dan Lalulintas
  3. Pengawalan Pembangunan
  4. Penyelenggaraan Bangunan
  5. Penyelenggaraan Elektrik
  6. Ukur Bahan dan Kontrak
  7. Penyelenggaraan Bengkel dan Pengangkutan
  8. Pengurusan Pentadbiran
Objektif

Untuk meningkatkan hasil dan mengurangkan tunggakan serta mengagihkan sumber kewangan secara adil dan berhemah bagi program dan aktiviti mengikut peraturan dan dasar-dasar sedia ada.

 
Fungsi
  1. Mengutip hasil
  2. Menguruskan bayaran
  3. Bajet
  4. Perolehan
  5. Pelaburan
  6. Penguatkuasaan Cukai Taksiran
  7. Penguatkuasaan Sewaan
  8. Penyata Kewangan Tahunan
Objektif
  1. Mengawal dan menyelaras pembangunan di dalam kawasan Majlis Bandaraya Seremban ke arah mewujudkan  bandar yang sistematik, teratur, mesra alam, berteknologi tinggi dan mampan untuk keselesaan penduduk setempat. 
 
Fungsi
  1. Menerima dan memproses pelan-pelan permohonan untuk mendirikan bangunan di dalam kawasan Majlis Bandaraya Seremban berpandukan Akta, Undang-Undang Kecil dan Polisi sedia ada.
  2. Memproses permohonan untuk pengeluaran Sijil Layak Menduduki Bangunan (CFO) dan memberikan sokongan bagi pengeluaran Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) oleh Perunding Arkitek / Jurutera Berdaftar.
  3. Membuat kerja-kerja penguatkuasaan terhadap binaan yang telah melanggar syarat atau telah dibina tanpa mendapat kebenaran daripada pentadbiran Majlis Bandaraya Seremban.
  4. Memproses permohonan bagi permit kerja-kerja kecil, permit dinding sesekat, permit awning komersil, permit awning dan permit papan iklan dan lain-lain permit yang berkaitan.
  5. Merekabentuk dan menyelia projek-projek pembangunan khas Majlis.
  6. Menerima, menyiasat dan menyelesaikan aduan awam yang berkaitan dengan masalah bangunan dan pembinaan.
Objektif
Bertanggungjawab memastikan urusan pengurusan am dan perkhidmatan personel Majlis diuruskan secara efisyen dan sistematik mengikut peraturan-peraturan / pekeliling-pekeliling yang ditetapkan bagi memberi kepuasan kepada pelanggan dengan sistem penyampaian yang cekap dan berkualiti.
Fungsi
  1. Pengurusan hal ehwal kebajikan dan kemudahan perkhidmatan anggota Majlis.
  2. Pengurusan perihal perjawatan, perkhidmatan, pengurusan prestasi dan tatatertib, pengurusan latihan, peperiksaan dan kompetensi anggota Majlis.
  3. Pengurusan mesyuarat-mesyuarat Majlis dan hal ehwal Ahli Majlis.
  4. Pembentukan Imej Korporat dan Sistem penyampaian Perkhidmatan Jabatan (Delivery System).
Objektif
Merancang, membangun, melaksana dan menyelenggara projek - projek teknologi maklumat dan komunikasi untuk Majlis Bandaraya Seremban.
 
Fungsi
  1. Merancang dan mengurus pembangunan dan penyelenggaraan aplikasi Majlis.
  2. Merancang keperluan kapasiti dan penyelenggaraan perkakasan dan perisian komputer Majlis.
  3. Merancang, merekabentuk, mengurus pembangunan dan menyelenggara infrastruktur ICT dan keselamatan Majlis.
  4. Membangun dan menyelenggara portal rasmi dan perkhidmatan Online Majlis.
  5. Mengurus perolehan pemasangan projek kamera litar tertutup (CCTV) disekitar bandar Seremban di bawah program bandar selamat bagi tujuan pemantauan kegiatan jenayah oleh pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM).
Unit Perundangan
  1. Memberikan nasihat perundangan.
  2. Menjalankan pendakwaan kes di mahkamah.
  3. Mengeluarkan Notis Peringatan kepada Orang Kena Kompaun (OKK).
  4. Menyemak Perjanjian, Memorandum Persefahaman (MOU) dan Notis Perundangan.
  5. Menyediakan, menggubal dan menyemak draf UUK, Perintah dan Kaedah.
  6. Menguruskan Tuntutan Tindakan Sivil bersama panel Peguam Majlis.
  7. Menguruskan Notis Tuntutan Tunggakan Sewa PPRT melalui panel Peguam Majlis.
  8. Menguruskan Tuntutan Tunggakan Cukai Taksiran melalui panel Peguam Majlis.

Unit Penguatkuasaan

  1. Menjalankan Penguatkuasaan Undang-Undang.
  2. Menjalankan Operasi Penguatkuasaan.
  3. Menjalankan tugas rondaan dan pemantauan di dalam kawasan pentadbiran Majlis.
  4. Menjalankan kawalan dan penguatkuasaan kesalahan lalulintas.
  5. Menerima dan menyiasat aduan awam.
  6. Menguruskan proses pelaksanaan sitaan.
  7. Mengeluarkan Notis Kacauganggu dan kompaun.
Objektif
Untuk mengenakan cukai taksiran ke atas semua pegangan yang terdapat di dalam kawasan Majlis serta menguruskan harta-harta Majlis dan rekod-rekod penilaian dengan cekap dan sempurna.
 
Fungsi
UNIT NILAIAN DAN KADARAN
  1. Membuat lawat periksa, menilai dan menyenarai tanah dan bangunan untuk kutipan cukai taksiran.
  2. Mengeluarkan notis Kenyataan Pindaan Senarai Nilaian (KPSN) bagi setiap penggal.
  3. Menyediakan segala dokumen dan persiapan bagi pengendalian urusan mendengar bantahan/rayuan cukai taksiran.
  4. Mengendalikan mesyuarat mendengar bantahan/rayuan cukai taksiran.
  5. Menguruskan dan mengemaskini akaun-akaun harta yang dinilai.
  6. Menyediakan laporan dan nilaian ke atas bangunan yang terlibat dengan pembinaan tanpa kelulusan Majlis yang hendak dibawa ke mahkamah.
  7. Mengenal pasti harta-harta yang belum dikenakan cukai taksiran untuk dinilai dan disenaraikan bagi kutipan cukai taksiran.
  8. Merekod penerimaan Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) yang diterima dari Jabatan Kawalan Bangunan.
  9. Menyelia pelan-pelan piawai, pelan akui dan pelan digital dari Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) serta pengurusan fail-fail kawalan.
  10. Membangun, menyelenggara dan mengawal serta mempertingkatkan penambahbaikan sistem penilaian dan penggunaan aplikasi berkomputer.
  11. Menguruskan carian rasmi butiran hakmilik tanah di Pejabat Tanah & Galian dan Pejabat Tanah & Daerah Seremban.
  12. Menguruskan segala aduan awam dan membekalkan maklumat serta surat-menyurat berkaitan kadaran.
  13. Menyediakan laporan dan nilaian ke atas setiap harta milik Majlis.
  14. Merancang dan memantau segala persiapan dan pelaksanaan kerja-kerja Penilaian Semula
UNIT SMK DAN REMISI
  1. Mengenal pasti dan menjalankan kerja-kerja lawat periksa harta jabatan/agensi Kerajaan Persekutuan atau Negeri yang terlibat serta harta-harta Angkatan Tentera Malaysia untuk tuntutan Sumbangan Membantu Kadar (SMK).
  2. Menyediakan Senarai Nilaian untuk disahkan oleh JPPH.
  3. Mengemukakan tuntutan bayaran kepada Kementerian Perumahan dan Unit Kerajaan Tempatan.
  4. Mengemaskini maklumat senarai harta yang terlibat dengan SMK pada setiap tahun.
  5. Membangunkan aplikasi berkomputer bagi kerja-kerja nilaian harta yang terlibat dengan SMK.
  6. Membuat kajian pembangunan kompleks agensi kerajaan dalam kawasan tadbiran Majlis.
  7. Memastikan aras nilai yang digunapakai dalam menilai harta-harta kerajaan diseragamkan.
  8. Membuat semakan bayaran yang diterima daripada pihak jabatan/agensi Kerajaan Persekutuan, Negeri dan Angkatan Tentera Malaysia.
  9. Menyemak, mendaftar dan merekod surat permohonan tuntutan pulangan balik cukai taksiran (remisi).
  10. Menjalankan kerja-kerja lawat periksa bagi harta yang terlibat dengan remisi.
  11. Menghantar surat dan Borang Permohonan Remisi kepada pemilik harta yang terlibat.
  12. Mengemaskini tarikh kekosongan dan membuat pengiraan ke dalam sistem berdasarkan borang yang dikembalikan oleh pemohon.
  13. Mencetak Senarai Edit Remisi, Penyata Remisi dan Senarai Terperinci Kelompok Kredit Sebelum Dikemaskini untuk disemak dan disahkan.
  14. Mengemukakan Penyata Remisi dan Senarai Terperinci Kelompok Kredit Sebelum Dikemaskini kepada Pengarah Kewangan untuk dikemaskini.
  15. Menghantar Surat Pemberitahuan Jumlah kepada pemilik harta yang layak mendapat remisi.
  16. Mengemaskini fail-fail yang terlibat dengan permohonan remisi.
  17. Menguruskan surat-surat awam yang berkaitan dengan permohonan remisi.
  18. Menyenggara dan mempertingkatkan aplikasi berkomputer remisi.
UNIT PENGURUSAN HARTA
  1. Mengemaskini butiran maklumat harta yang terlibat dengan pindahmilik dan tukar alamat.
  2. Mengurus dan membuat nilaian ke atas harta Majlis.
  3. Merangka dan merancang strategi bagi melaksanakan langkah-langkah mempertingkatkan hasil Majlis.
  4. Membuat kajian dan memberi khidmat nasihat terhadap projek penswastaan/usahasama dan pelaburan hartanah yang diceburi oleh pihak Majlis.
  5. Mengumpul dan membuat analisa terhadap maklumat pasaran, sewaan dan maklumat lain yang berkaitan dengan hartanah dalam kawasan pentadbiran Majlis.
  6. Menyedia dan membekalkan maklumat harta dan pemilik kepada jabatan kerajaan, agensi kerajaan dan swasta.
  7. Membuat semakan ke atas tunggakan cukai taksiran bagi kelulusan permohonan Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC).
  8. Membantu pentadbiran Majlis dalam urusan menuntut bayaran tunggakan cukai taksiran ke atas harta-harta yang ada tunggakan melalui penyemakan kelulusan kebenaran merancang dan juga lelongan awam.
  9. Menyediakan kertas kerja berkaitan hal-hal kadaran dan atas keperluan pihak Majlis.
  10. Membuat pemeriksaan bagi tujuan pelupusan harta alih Majlis.
  11. Membuat nilaian ke atas barangan yang disita akibat kegagalan menjelaskan tunggakan cukai taksiran.
  12. Membuat nilaian ke atas barangan yang dirampas oleh Unit Penguatkuasa kerana tidak mematuhi undang-undang yang ditetapkan oleh Majlis untuk dilelong.
UNIT PENGURUSAN TERMINAL 1
  1. Menguruskan kerja-kerja penyenggaraan dan pengurusan Terminal 1 Seremban.
  2. Menyediakan dan memproses permohonan pelekat kenderaan laluan bas di Terminal 1 Seremban.
  3. Menguruskan hal-hal berkaitan surat menyurat awam.
  4. Memproses permohonan kedai/kiosk/outlet/ kaunter tiket dan papan iklan.
  5. Memproses penyediaan sebutharga/tender bagi kerja-kerja di Terminal 1 Seremban.
  6. Memastikan pengurusan tempat letak kereta, motosikal dan bas dilaksanakan dengan baik oleh kontraktor yang dilantik.
  7. Pemantauan ke atas kerja-kerja oleh kontraktor kawalan keselamatan di Terminal 1 Seremban.
  8. Membuat pemeriksaan tahap kebersihan di Terminal 1 yang dilaksanakan oleh kontraktor pembersihan yang dilantik.
  9. Menyediakan laporan aliran tunai (hasil kutipan dan perbelanjaan) Terminal 1 Seremban bagi Mesyuarat Majlis Penuh MPS.
  10. Melaksanakan kerja-kerja pengeluaran notis penamatan sewaan serta penarikan dan pengosongan premis di Terminal 1 Seremban.
  11. Menyediakan dokumen perjanjian penyewaan dan proses memperbaharui perjanjian bagi penyewa-penyewa di Terminal 1 Seremban.
  12. Membuat pemeriksaan dan pemantauan di Terminal 1 Seremban bagi mengenal pasti masalah yang ada.
  13. Menerima dan menyelesaikan aduan dari orang awam, penyewa dan lain-lain.
  14. Mengeluarkan notis untuk membayar tunggakan sewaan dan utiliti bagi premis-premis sewaan di Terminal 1 Seremban.
  15. Menyemak dan merekod bacaan meter bagi penggunaan utiliti (bekalan elektrik dan air) untuk dikemukakan kepada Jabatan Kewangan.
  16. Membuat kerja-kerja pemotongan utiliti terhadap premis-premis sewaan yang mempunyai tunggakan sewaan kepada pihak Majlis.
  17. Memastikan kontraktor yang dilantik supaya menguruskan tempat simpanan barang (luggage) dengan baik.
UNIT PENTADBIRAN
  1. Mengurus dan memastikan pentadbiran harian pejabat diuruskan secara efisyen dan sistematik mengikut peraturan dan pekeliling yang ditetapkan.
  2. Menguruskan rekod berkaitan dengan kawalan belanjawan Jabatan.
  3. Menguruskan rekod berkaitan dengan Pesanan Tempatan, tuntutan perjalanan dan elaun lebih masa.
  4. Menguruskan semua surat-menyurat awam Jabatan.
  5. Pengurusan perkhidmatan kaunter Jabatan.
  6. Menguruskan serahan tangan/pos surat dan dokumen.
  7. Menguruskan fail-fail berkaitan pentadbiran dan Senarai Nilaian.
  8. Menguruskan hal-ehwal berkaitan cuti kakitangan Jabatan.
  9. Menguruskan penilaian prestasi kakitangan Jabatan.
  10. Menguruskan rekod sistem kehadiran bagi semua kakitangan Jabatan.
  11. Menguruskan permohonan peperiksaan, seminar, kursus dan bengkel kakitangan.
  12. Menguruskan inventori dan harta modal Jabatan.
  13. Menguruskan stok barang-barang keperluan Jabatan.
  14. Menyelaras penyediaan myPortfolio bagi kakitangan Jabatan.
  15. Mengurus tempahan penggunaan bilik mesyuarat gunasama Jabatan.
  16. Mengawal secara keseluruhan keselamatan pejabat.
Objektif
Bertanggungjawab di dalam segala hal yang berkaitan dengan aktiviti perancangan dan pembangunan.

Fungsi
A.    Bahagian Pentadbiran
  1. Menguruskan aduan dan  pertanyaan awam
  2. Menyediakan Pesanan Tempatan (LO)
B.    Kawalan Perancangan
  1. Memproses dan meluluskan permohonan kebenaran merancang.
  2. Memproses dan meluluskan permohonan menamakan taman, jalan dan menomborkan rumah / bangunan.
  3. Menyemak dan memberi ulasan perancangan ke atas permohonan pelan bangunan.
  4. Menyemak dan memberi ulasan ke atas permohonan tanah kerajaan.
  5. Menguruskan permohonan pengambilan balik tanah bagi tujuan awam.
  6. Memberi ulasan terhadap permohonan lesen perniagaan.
  7. Menyemak dan memberi ulasan permohonan kelukusan CF dan CCC (Pengeluaran Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan)
  8. Menyemak dan memberi ulasan terhadap permohonan permit pasir kepada Pejabat Daerah dan Tanah Seremban.
  9. Mengendalikan permohonan kes-kes rayuan perancangan yang didaftarkan oleh Lembaga Rayuan JabatanPerancangan Bandar dan Desa Negeri Sembilan.
  10. Urusetia Mesyuarat dan menguruskan peruntukan Akaun Tabung Amanah Sumbangan Perkuburan Majlis.
C.    Rancangan Pembangunan
  1. Menyelaras pelaksanaan proses penyediaan Rancangan Pemajuan.
  2. Menguruskan permohonan pengwartaan kawasan lapang.
  3. Merencana dan menyelaras projek-projek usahama
  4. Menguruskan pengumpulan data bagi program Bandar Mampan (MURNInets)
  5. Urusetia Mesyuarat Jawatankuasa Bandar Selamat dan menguruskan peruntukan Program Bandar Selamat.
  6. Mengurus dan mengemaskini data-data GIS.
  7. Penguatkuasaan kesalahan - kesalahan dibawah peruntukan Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172) termasuk pindaan.
  8. Menyelaras garis panduan dan piawaian perancangan yang  dikeluarkan oleh Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Semenanjung Malaysia.
  9. Memantau penggunaan aplikasi dalaman sistem GIS
Objektif
  1. Meningkatkan keberkesanan sistem pengurusan lesen/permit, mengamal dan memastikan semua syarat-syarat lesen/permit dipatuhi dengan matlamat meningkatkan lagi hasil Majlis.
  2. Memantau perkhidmatan kutipan sisa pepejal, pemotongan rumput, pembersihan longkang dan pembersihan kawasan oleh Pihak SWCorp demi keselesaan dan kesejahteraan penduduk Seremban.
Fungsi
Bertanggungjawab memproses, memantau, mengawal, menyelia serta penguatkuasaan setiap aspek kebersihan dan kesihatan awam termasuk pelesenan perniagaan yang dijalankan di dalam kawasan Majlis.
Objektif
  1. Untuk Menjadikan Bandar Seremban Sebagai Sebuah Bandaraya Yang Mempunyai Imej Dan Identiti Yang Tersendiri Bagi Memenuhi Keperluan Dan Kesejahteraan Hidup.
  2. Mewujudkan Pembangunan Landskap Yang Sejajar Dengan Peningkatan Mutu Alam Sekitar Serta Menjadikan Seremban Sebagai Sebuah Bandar Dalam Taman.
Fungsi
  1. Urusetia Mesyuarat Jawatankuasa Kekemasan Bandar.
  2. Memproses permohonan kelulusan pelan landskap.
  3. Menyediakan dokumen Tender/Sebutharga bagi kerja-kerja pembangunan dan penyelenggaraan landskap.
  4. Memeriksa dan memberi sokongan bagi permohonan CCC.
  5. Mengurus dan memantau penyelenggaraan landskap di dalam kawasan operasi MBS.
  6. Menerima, mengurus dan memantau aduan awam seperti cantasan pokok, kerosakan alatan permainan serta lain-lain berkaitan.
  7. Mengurus dan memantau Projek Pembangunan Landskap yang dijalankan.
  8. Menyediakan garis panduan landskap untuk digunapakai dalam pembangunan.
  9. Merancang dan menyediakan kertas kerja pembangunan untuk memohon peruntukan JLN dan UPEN.
  10. Memantau dan mengurus penyelengaraan padang-padang didalam kawasan MBS.
  11. Menyelenggara dan mengurus Taman-taman Permainan didalam kawasan operasi MBS.
  12. Pengurusan Aset dan Stor
    1. Membuat pendaftaran aset / inventori (aset bernilai rendah).
    2. Menjalankan pemeriksaan aset.
    3. Melaksanakan pelupusan aset.
    4. Melaksanakan proses hapus kira.
  13. Menyediakan Pesanan Tempatan (L.O).
  14. Memproses sokongan bagi permohonan permit izin lalu.
  15. Memeriksa landskap taman perumahan termasuk taman permainan bagi pembangunan yang akan diserahkan.
  16. Mengendalikan maklumat kawasan lapang i-Landskap.
  17. Menguruskan hiasan bunga untuk majlis rasmi.
  18. Menyediakan perkhidmatan sewaan bagi kemudahan seperti hiasan bunga pasu untuk upacara rasmi pihak kerajaan dan swasta, sewa basikal di Gelanggang Basikal dan Dataran Nilai.
  19. Memberi khidmat nasihat berkaitan hiasan dan penyelenggaraan kepada agensi yang memerlukan.
  20. Memproses bayaran pampasan bagi permohonan menebang pokok milik MBS sepertimana Akta Perancang Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) Bahagian VA.
  21. Mengatur dan menyelia renjer taman (kes pokok tumbang dan membaiki alatan mainan yang rosak).
  22. Mengurus dan menyelia tapak semaian di Mantin dan Kampung Sentosa, Paroi.
Objektif
  1. Meningkatkan pembangunan komuniti dan pengurusan acara yang menjuruskan kepada penglibatan komuniti secara menyeluruh.
  2. Meningkatkan kesedaran sivik di kalangan masyarakat.
  3. Meningkatkan kerjasama serta kolaborasi bersama pelbagai Agensi Kerajaan, Swasta, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan Badan-Badan Profesional.
  4. Meningkatkan aspek infrastruktur dan prasarana kemudahan sukan dan rekreasi di Daerah Seremban.
  5. Menjadikan Daerah Seremban sebagai destinasi pelancongan terkemuka di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
 
Fungsi

Bahagian Pentadbiran Am, Penyelenggaraan & Sukan

  1. Menjaga Dan Meyelenggara Kemudahan-Kemudahan Sukan Yang Sedia Ada.
  2. Mendapatkan Hasil Daripada Kegunaan Kemudahan Sukan Dan Stadium Melalui Sewaan Padang Dan Tiket Kolam Renang.
  3. Mengawal Kegunaan Kemudahan Kompleks Dengan Menyediakan Standard Of Procedure (SOP).
  4. Memastikan Kemudahan Sukan Berada Di Dalam Keadaan Yang Baik.
  5. Bekerjasama Dalam Mengelola Dan Mengendalikan Pertandingan Sukan Dan Acara-Acara Agensi Kerajaan Dan Swasta.
  6. Menjaga Tadbir Urus Jabatan Dari Segi Pentadbiran Dan Kewangan.

Bahagian Komuniti @ Local Agenda 21 (LA21)

Menyelaraskan Aktiviti Atau Program Kemasyarakatan Yang Menjuruskan Kepada Penglibatan Komuniti (Community Engagement).

Bahagian Pelancongan & Promosi

  1. Melaksanakan, Menyelaras Dan Memantau Pelan Pembangunan Dan Strategik Majlis Bandaraya Seremban.
  2. Menjalankan Kempen Pelancongan Ke Arah Mempromosikan Daerah Seremban.
  3. Memantau Kualiti Produk Pelancongan Di Daerah Seremban.
  4. Menyelaraskan Mesyuarat Pelancongan MBS.
  5. Menjadikan Daerah Seremban Sebagai Destinasi Pelancongan Terkemuka Di Malaysia.
Sedang di kemaskini
Sedang di kemaskini
Objektif
  1. Menyelaras dan mempercepatkan proses kelulusan permohonan pembangunan tanah Pihak Berkuasa Tempatan yang meliputi permohonan kebenaran merancang, pelan bangunan dan pelan-pelan lain yang berkaitan.
  2. Memendekkan norma masa dan memudah cara proses permohonan kebenaran merancang, pelan bangunan perakuan permohonan pembangunan tanah dan pelan-pelan lain yang berkaitan.
  3. Menyeragamkan prosedur dan proses permohonan kebenaran merancang, pelan bangunan dan pelan-pelan lain yang berkaitan dengan mengambilkira peruntukan-peruntukan di bawah Kanun Tanah Negara 1965 (KTN 56), Akta Perancang Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172) serta  Akta Parit, Jalan dan Bangunan  (Akta 133).
 
Fungsi

 

  1. Menerima, menyemak, menyelaras dan memantau permohonan cadangan pemajuan yang diterima oleh OSC.
  2. Mengurusetiakan Mesyuarat Jawatankuasa OSC sekiranya 2 kali sebulan.
  3. Memaklumkan keputusan kelulusan permohonan cadangan pemajuan kepada pemohon.
  4. Menyediakan pelaporan OSC melalui Portal OSC online sebelum 5hb setiap bulan.
  5. Menguruskan permohonan pelan pembangunan yang diterima melalui OSC 3.0 plus online.

 

Objektif
Memastikan pengurusan bangunan berstrata dilaksanakan secara teratur dan tersusun berdasarkan undang-undang dan peraturan yang ditetapkan bagi meningkatkan kualiti kehidupan penduduk berstrata.
 
Fungsi
  1. Mewujudkan dan mengemaskini inventori semua kawasan pemajuan berstrata (Pangkalan Data).
  2. Memproses pemfailan jadual petak oleh Pemaju.
  3. Menguruskan pemfailan unit syer bagi pemajuan yang belum ditetapkan unit syer.
  4. Memproses permohonan sijil Badan Pengurusan Bersama (JMB).
  5. Memantau dan menguruskan deposit membaiki kecacatan untuk kegunaan Pesuruhjaya Bangunan bagi skim pemajuan berstrata yang memohon pemilikan kosong.
  6. Memantau penubuhan JMB/MC di semua kawasan pemajuan berstrata.
  7. Memberi khidmat nasihat kepada Pemaju/ JMB/ MC berkaitan penyenggaraan dan pengurusan harta bersama.
  8. Mengawalselia kesempurnaan penyenggaraan dan pengurusan bangunan dan harta bersama.
  9. Memastikan mesyuarat AGM dijalankan dalam tempoh yang ditetapkan.
  10. Menyelaras, mengendali & mengambil tindakan penyelesaian pertikaian di antara pengadu dengan pihak-pihak berkepentingan termasuk menjadi mediator.
  11. Memantau akaun pengurusan bangunan berstrata.
  12. Mengambil tindakan penguatkuasaan, menjalankan penyiasatan dan pendakwaan bagi kesalahan di bawah Akta 757.
  13. Membuat pelantikan & mengawal selia ejen pengurusan yang dilantik oleh COB.
Objektif
  1. Memastikan sistem pengurusan dan kewangan jabatan diuruskan dengan teratur selaras dengan dasar, undang-undang dan prosedur yang ditetapkan.
  2. Menambah nilai dan mempertingkatkan tahap operasi organisasi dari segi tahap kesempurnaan , kecekapan dan ekonomi.
  3. Mengenalpasti kelemahan dan ketidakpatuhan pihak terbabit serta mengesyorkan langkah-langkah bagi memperbaikinya dalam keadaan dimana tindakan pembetulan adalah diperlukan.
Fungsi
  1. Menjalankan pengauditan pengurusan kewangan, pengauditan prestasi dan pengauditan lain yang di arahkan oleh Datuk Bandar.
  2. Menjalankan Pengauditan MS ISO 9001:2015.
  3. Menjalankan Pengauditan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA).
  4. Menjalankan Pemeriksaan Mengejut.
  5. Menjalankan pengauditan penarafan bintang (star rating).
  6. Membuat analisis ke atas laporan ketua audit negara bagi memberi perhatian terhadap ketidakpatuhan utama kepada hasil daripada laporan audit.