Lesen ini dikeluarkan untuk jenis perniagaan seperti:-
- Tred, Perniagaan dan Perindustrian
- Makanan/Minuman
- Gunting dan Mendandan Rambut
- Hotel & Rumah Tumpangan
Permohonan yang lengkap akan diproses dan diberi jawapan dalam tempoh 30 hari dari tarikh permohonan
Kaedah Permohonan
- Permohonan hendaklah dibuat dengan melengkapkan borang Lesen Tred Perniagaan dan Iklan di bawah Akta Kerajaan Tempatan yang telah diisi dengan lengkap dan terang serta mengemukakan dokumen sokongan yang diperlukan.
- Borang permohonan yang telah lengkap hantarkan kepada:-
Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Usahawan,
Majlis Bandaraya Seremban
Wisma MBS,
Persiaran Forest Heights 1,
Jalan Seremban – Tampin,
70450 Seremban, Negeri Sembilan
Tel : 06-765 4318
Kaunter Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Usahawan,
No.1, Kompleks Pentadbiran Kerajaan
Persiaran Pusat Bandar, Putra Nilai,
71800 Nilai, NSDK (Kaunter OSC No. 10)
Tel : 06-7989003 - Sekiranya menjalankan perniagaan makanan, syarat tambahan dikenakan iaitu perlu mengikut Kursus Pengendalian Makanan dan mendapatkan suntikan (Typhoid) terlebih dahulu.
- Bayaran proses RM30.00
Garis Panduan Umum
| BIL | JENIS PERNIAGAAN | KAWASAN YANG DIBENARKAN |
|---|---|---|
1 | Kedai Tayar, Bateri, , Aksesori Kereta, Cermin Kereta, Ekzos Kereta, Kusyen Kereta, Hawa Dingin Kereta, Penjual Tayar |
Catatan :- |
2 | Bengkel Kenderaan | Kawasan perindustrian/Industri ringan |
3 | Kilang | Kawasan perindustrian/Perusahaan / Industri ringan |
4 | Pusat Tuisyen/Kolej Pendidikan | Bangunan bertingkat perlu memasang tangga kedua perlu mendapat pengesahan Jurutera Bertauliah dan Jbt. Bomba & Penyelamat. |
5 | Tadika/Taska |
|
6 | Premis Makanan Dan Minuman Jenis Pub/Café | Taman AST, Kemayan Square dan Oakland dan Terminal 2. |
7 | Keranda | Kawasan perusahaan ringan |
8 | Penjualan Borong (Wholesale) | Luar pusat Bandar dan tidak di simpang jalan |
9 | Kedai Runcit (Rumah Kediaman) Tahun Ke Tahun | Dibekukan |
10 | Restoran/Kedai Makan |
|
11 | Pameran/Menjual Kereta Terpakai (yang bukan rumah kedai) |
|
12 | Barang Lusuh / Besi Buruk | Dibekukan |
13 | Pusat Cyber Cafe | Dibekukan |
14 | Rumah Urut Tradisional & Refleksologi | Dibekukan |
15 | Pusat Persolekan / Pusat Kecantikan | Pengusaha yang mempunyai sijil kelayakan berkaitan dan berdaftar dengan Kementerian Pelancongan Dan Kebudayaan Malaysia |
| 16 | Kitar Semula Plastik / Tin / Kotak | Kawasan Perindustrian / Industri Ringan |
PERINGATAN :-
| BIL | JENIS PERNIAGAAN | KAWASAN YANG DIBENARKAN |
|---|---|---|
1 | Semua Premis Perniagaan | Semua premis perniagaan hendaklah dicat semula sekiranya cat telah luntur sebelum lesen diluluskan. |
2 | Lesen Iklan |
|
Dokumen Sokongan
- Memorandum dan perkara persatuan bagi syarikat (Memorendum and Articles of Association), Borang 24 ( Return Of Allotment Register of Directors, Managers and Secretaries and changes of Particulars) mengikut Akta Pendaftaran Syarikat 1965.
ATAU
- Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM)
- 8 salinan pelan lokasi yang menunjukkan di mana perniagaan hendak dijalankan dan disertakan (gunakan ruang di perkara F).
- 1 salinan surat perjanjian atau kebenaran tuan bangunan (jika bukan bangunan sendiri).
- 1 salinan pelan lantai premis berkenaan, 1 salinan Sijil Suntikan Typhoid (Ty2) dan 1 salinan Kursus Pengendalian Makanan setiap pekerja (kilang dan premis makanan sahaja).
- 1 salinan sijil kelayakan menduduki bangunan (CCC) (bangunan baru sahaja).
- 1 keping gambar premis pandangan hadapan, 1 keping gambar premis pandangan belakang, 1 keping gambar premis premis pandangan sisi, dan 2 keping gambar premis bahagian dalam (pandangan depan dan belakang) gambar dalam ukuran saiz 3R
- 1 salinan sijil carian rasmi daripada Pejabat Tanah dan Daerah / Pejabat Tanah dan Galian
- 1 salinan bil bayaran cukai taksiran dan cukai tanah terkini yang telah dijelaskan
- 1 salinan kad pengenalan pemohon yang dipalang 'UNTUK KEGUNAAN MBS'.
- Dokumen tambahan mengikut yang ditetapkan
- Surat daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa (MIDA) jika pelabur antarabangsa.
- Permohonan iklan hendaklah mendapat kelulusan daripada Dewan Bahasa dan Pustaka
- Online : Laman Web Rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka (Sijil Pengesahan Bahasa)
- Pengesahan Bahasa
- Sijil Pengesahan Dewan Bahasa Dan Pustaka
No.Tel : 03-2147910 / 03-21479500 / 03-21479600
Borang
Sebarang masalah sila hubungi :
Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Usahawan,
Majlis Bandaraya Seremban
Tel : 06-765 4318 (Zon Seremban)
Tel : 06-7989003 (Zon Nilai)