Seremban, 16 Oktober 2026 – Majlis Bandaraya Seremban (MBS) melalui Unit Integriti telah mengadakan Kursus Pengenalan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) bagi memberikan pendedahan kepada warga kerja mengenai konsep, kepentingan dan pelaksanaan OACP dalam mengenal pasti risiko rasuah, memperkukuh tadbir urus serta meningkatkan ketelusan dan akauntabiliti dalam penyampaian perkhidmatan awam.
 
Kursus ini diharap dapat meningkatkan kefahaman warga kerja terhadap peranan dan tanggungjawab masing-masing dalam membudayakan integriti, memastikan setiap urusan dilaksanakan dengan penuh amanah dan profesionalisme serta memperkukuh usaha membanteras rasuah demi mewujudkan organisasi yang berwibawa.
Memperkukuh Integriti, Membanteras Rasuah, Membina Organisasi Berwibawa.