YBhg. Dato’ Haji Zazali bin Salehudin Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban telah mengadakan lawatan ke GD Holdings yang terletak di Putra Nilai bagi memenuhi jemputan syarikat GD.

Lawatan ini telah disambut oleh YBhg. Dato’ Sri David Yeat Sew Chuong Pengerusi Eksekutif Kumpulan GD dan pegawai GD. Pihak GD juga telah mengadakan sesi pembentangan kepada YBhg. Datuk Bandar berkaitan status perkembangan projek terkini yang sedang dibangunkan oleh syarikat pemaju hartanah tersebut.

Turut hadir ialah Tuan Mas Midyawan bin Yahya Setiausaha MBS, Ketua Jabatan, Ketua Unit dan pegawai MBS.

Semoga segala perancangan dalam memastikan pembangunan di Bandar Raya Seremban akan terus pesat membangun dapat direalisasikan. InsyaAllah. Ini juga adalah sejajar dengan motonya Bandar Raya Pintar Yang Mampan, Bersih dan Berdaya Maju.
 

LAWATAN DATUK BANDAR MBS KE GD HOLDINGS, PUTRA NILAI
 
LAWATAN DATUK BANDAR MBS KE GD HOLDINGS, PUTRA NILAI
 
LAWATAN DATUK BANDAR MBS KE GD HOLDINGS, PUTRA NILAI
 
LAWATAN DATUK BANDAR MBS KE GD HOLDINGS, PUTRA NILAI