KEJOHANAN BOLA SEPAK LIGA JUARA NEGERI SEMBILAN PIALA DATUK BANDAR SEREMBAN 2025
Seremban, 5hb hingga 8hb Mei 2025 - Sepak Mula minggu pertama Kejohanan Bola Sepak Liga Juara Negeri Sembilan Piala Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban 2025 telah berlangsung di Padang NS@MBS, Jalan Yamtuan, Seremban. Sebanyak 20 pasukan terlibat daripada pelbagai daerah di dalam Negeri Sembilan. Dengan kehadiran pasukan dari pelbagai daerah ini, ianya turut mempromosi pelancongan melalui aktiviti sukan sejajar dengan Tahun Melawat Negeri Sembilan 2026 dan seterusnya dapat menjana ekonomi negeri.Perlawanan akhir kejohanan ini akan diadakan pada 11hb Julai 2025 (Jumaat), jam 8.00 malam bertempat di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Negeri Sembilan.Pasukan yang akan menjadi juara bagi kejohanan ini akan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM10,000.00 beserta piala pusingan dan medal.
Keputusan sekitar minggu pertama perlawanan :
05/05/2025 (ISNIN)
➡️Dusun Neo FC 1 vs Stone Village FC 3
06/05/2025 (SELASA)
➡️PADANG A
TECK HIN FC 9 vs ALCES FC 0
➡️PADANG B
PBF WRA FC 3 vs SEREMBAN CITY FC 1
➡️07/05/2025 (RABU)
PADANG A
MANTAU INDAH FC 1 vs SRI SENAWANG FC 4
➡️PADANG B
BAHAU LEGGHA JR FC 2 vs CIMB YFA RED STAR FC 0
08/05/2025 (KHAMIS)
➡️PADANG A
DESA RHU FC 1 vs YBY UNITED FC 2
PADANG B
➡️MPJL FC 2 vs MBS FC 3
Perlawanan seterusnya pada 13/05/2025 yang akan berlangsung di Padang NS@MBS, Jalab Yamtuan, Seremban jam 4.45 petang melibatkan :-
PADANG A
YBY UNITED FC VS OT UNITED FC
PADANG B
MBS FC VS DESA RHU FC
Dijemput datang beramai ramai menyaksikan pasukan kegemaran anda beraksi. Masuk adalah PERCUMA!
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |























