Dimaklumkan bahawa perkhidmatan pembayaran dalam talian melalui aplikasi MBSClick sedang mengalami gangguan sementara akibat isu teknikal pada gerbang bayaran PBTPay.
Sehubungan itu, semua perkhidmatan yang melibat pembayaran melalui MBSClick tidak dapat beroperasi buat masa ini. Walaubagaimanapun, perkhidmatan yang berkaitan permohonan dan semakan masih boleh digunakan seperti biasa.
Sebagai alternatif, perkhidmatan bayaran seperti Cukai Taksiran, Kompaun Letak Kereta, Sewaan dan Bil Pelbagai, boleh dibuat melalui portal N9Pay.
Segala kesulitan amat dikesali. Terima kasih.