Pengenalan

  • Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) adalah penjenamaan semula pelaksanaan Amalan 5S untuk memenuhi keperluan sektor awam.
  • Pelaksanaan EKSA mempunyai matlamat yang sama untuk mewujudkan persekitaran kerja yang berkualiti secara sistematik dan praktikal.  
  • EKSA yang berkesan dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan,menjimatkan kos dan memudahkan proses kerja.  
  • EKSA berupaya memperkukuhkan lagi Sistem Pengurusan Kualiti berasaskan Standard MS ISO 9001, dalam memenuhi keperluan klausa Pengurusan Sumber berkaitan persekitaran kerja.  
  • EKSA yang cekap,berkesan dan konsisten akan memberi nilai tambah kepada imej korporat Jabatan/Agensi secara keseluruhan.

Pelaksanaan

5S Merupakan isitilah asal dalam bahasa Jepun,yang jika diterjemahkan ke Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris akan membawa maksud seperti yang dinyatakan.

BAHASA JEPUNBAHASA INGGERISBAHASA MELAYUCONTOH
SeiriSortSisihMenyisih fail lama tidak aktif dengan fail baru yang masih aktif
SeitonSet in orderSusunMenyusun dokumen/bahan/alatan pejabat supaya mudah diambil/diguna
SeisoShineSapuMenyapu/membersih ruang pejabat dan ruang kerja/bilik serta peralatan kerja individu
SeiketsuStandardiseSeragamMenyeragamkan susunan fail/meja kerja/bilik mesyuarat/peralatan pejabat
ShitsukeSustainSentiasa AmalMengamalkan selalu aktiviti sisih,susun,sapu dan seragam

Dasar dan Objektif

MBS komited mengamalkan budaya organisasi berprestasi tinggi melalui penyediaan persekitaran kerja yang kondusif dan budaya kerja yang positif

9 objektif pelaksanaan EKSA MBS :

  • MEWUJUDKAN persekitaran tempat kerja berkualiti (bersih,kemas dan rapi).
  • MENINGKATKAN kecekapan dan keberkesanan pengurusan organisasi.
  • MENGENALPASTI , mengurangkan dan menghapuskan pembaziran.
  • MENINGKATKAN imej agensi sektor awam.
  • MENJANA idea kreatif di kalangan warga agensi.
  • MENINGKATKAN semangat esprit de corp
  • MENINGKATKAN disiplain warga jabatan.
  • MENINGKATKAN mutu penyampaian perkhidmatan
  • MEWUJUDKAN piawaian kerja yang jelas.