Majlis Bandaraya Seremban (MBS) membuka peluang kepada orang ramai yang berminat untuk memohon kekosongan gerai, pasar, pusat penjaja dan MyKiosk di bawah seliaan MBS.

Kaedah Permohonan:
1. Pemohon perlu melengkapkan Borang Permohonan BPL-02 (Borang Permohonan Lesen Penjaja).
2. Borang boleh dimuat turun melalui portal rasmi MBS di [www.mbs.gov.my](http://www.mbs.gov.my).
3. Permohonan yang lengkap boleh dihantar ke Kaunter Wisma MBS atau Kaunter MBS (Cawangan Nilai).

Dokumen yang diperlukan:
✅ Satu (1) salinan kad pengenalan
✅ Dua (2) keping gambar berukuran pasport
✅ Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM)
✅ Salinan sijil Kursus Pengendalian Makanan dan suntikan typhoid (bagi pemohon yang menjual makanan dan minuman)

Imbas kod QR pada poster untuk memuat turun borang permohonan dan mendapatkan maklumat lanjut berkaitan senarai kekosongan.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Usahawan, MBS
06-765 4241 / 4240 (Wisma MBS)
06-798 9003 / 9091 (Cawangan Nilai)

Jangan lepaskan peluang ini untuk memulakan atau mengembangkan perniagaan anda bersama MBS!