Majlis Pengisytiharan Majlis Bandaraya Seremban (MBS) telah dimasyhurkan oleh DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir pada 20 Januari 2020. Penubuhan MBS hasil penggabungan Majlis Perbandaran Seremban dan Majlis Perbandaran Nilai berkuat kuasa mulai 1 Januari 2020, sekali gus mencatat sejarah sebagai PBT pertama yang bergabung menjadi satu entiti.
![]() |
