Seremban, 14 November 2026 - Seramai 166 orang peserta sertai dan memeriahkan I RUN 5KM – “Rentak Retro, Langkah Bersama” anjuran Unit Integriti, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan dengan kerjasama Unit Integriti, Majlis Bandaraya Seremban (MBS). Program ini bertujuan menggalakkan amalan gaya hidup sihat, mengeratkan silaturahim serta memperkukuh semangat kebersamaan dalam kalangan penjawat awam. Turut hadir YB Dato’ Mohd Zafir bin Ibrahim,Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, YBhg. Dato’ Rozitta binti Sulaiman, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan) dan YBhg. Dato’ Ir. Ts. Haji Masri bin Baharuddin, Datuk Bandar MBS. Syabas dan terima kasih kepada semua peserta serta urus setia yang menjayakan program ini. Semoga aktiviti sebegini terus menyemarakkan budaya hidup sihat dan semangat kebersamaan warga perkhidmatan awam.

INTEGRITI DIPERKASA, KESIHATAN TERPELIHARA, KEBERSAMAAN DIPERKUKUH!