Tampin, 12 November 2026 - Majlis Bandaraya Seremban (MBS) telah menyertai Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia (HPBS) Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2026 yang berlangsung di Kompleks Arena Dataran Tampin. Sempena sambutan tersebut, MBS telah menerima Anugerah Khas Kemampanan Bandar Tertinggi Negeri Sembilan 2026 bagi Kategori Bandaraya / Perbandaran menerusi pencapaian Program Penilaian Kemampanan Bandar (MURNInets) 2026 serta membawa wang ganjaran sebanyak RM10,000.00. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih dirakamkan kepada semua jabatan serta agensi yang telah memberikan kerjasama dalam menyediakan dan membekalkan data bagi pelaksanaan MURNInets 2026. Komitmen, dedikasi dan sinergi semua pihak merupakan antara faktor penting dalam merealisasikan pencapaian membanggakan ini, sekali gus memperkukuh usaha MBS ke arah pembangunan bandar yang mampan, sejahtera dan berdaya huni. Selain itu, Jabatan Perancangan Pembangunan MBS turut mengambil bahagian dalam dua acara yang dianjurkan sempena sambutan HPBS 2026, dan meraih kemenangan iaitu:
Tempat Pertama – Misi HPBS Urban Race
Tempat Ketiga – Permainan Bermotif Tempatan (PBT)
Syabas dan tahniah diucapkan kepada seluruh warga Jabatan Perancangan Pembangunan serta semua peserta yang telah menunjukkan semangat kesukanan, kerjasama berpasukan dan komitmen tinggi sepanjang program berlangsung. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada usaha berterusan MBS dalam memperkukuh perancangan bandar mampan serta meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan demi kesejahteraan warga Seremban. Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia (HPBS) Peringkat Negeri Sembilan tahun 2026 telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Haji Ismail bin Haji Lassim, Menteri Besar Negeri Sembilan, turut hadir YB Dato’ Mohd Zafir bin Ibrahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, YBhg. Dato’ Ir. Ts. Haji Masri Bin Baharuddin, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban serta para pegawai kanan Kerajaan Negeri Sembilan dan MBS.
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |













