Seremban, 26 Ogos 2026 - Majlis Bandaraya Seremban (MBS) telah mengadakan Majlis Meraikan Persaraan Puan Rusyati binti Mohd Yunus, Timbalan Pengarah Jabatan Kejuruteraan, MBS di Royale Chulan Seremban. Puan Rusyati akan menamatkan perkhidmatan dan bersara secara rasmi pada 31 Ogos 2026. Majlis ini diadakan sebagai tanda penghargaan dan terima kasih atas segala jasa serta kepimpinan beliau, di samping menjadi kenangan manis buat warga MBS yang telah bersama-sama bekerja dan berkhidmat sepanjang perjalanan kerjaya beliau. Semoga persaraan ini menjadi lembaran baru yang penuh kebahagiaan, ketenangan dan keberkatan. Didoakan agar Puan Rusyati sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan serta menikmati hari-hari mendatang bersama keluarga dan insan tersayang. Selamat bersara, Puan Rusyati. Terima kasih atas segala jasa, bakti dan sumbangan yang telah dicurahkan. Jasamu dikenang, baktimu disanjung
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |









