Seremban, 16 November 2026 - YBhg. Dato’ Ir. Ts. Haji Masri bin Baharuddin, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban (MBS), telah meluangkan masa bagi mengadakan perjumpaan untuk membincangkan isu lalu lintas di laluan pintas Taman Arowana Indah yang menghubungkan Seremban 2 ke Jalan Kampung Kayu Ara. Perbincangan memberi tumpuan kepada penggunaan laluan pintas tersebut yang menjadi laluan kenderaan dari kawasan perumahan berhampiran, termasuk Taman Kerisi, Taman Kerisi Indah dan Taman Koi Tropika. MBS akan terus memberi perhatian terhadap isu yang dibangkitkan demi memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya di kawasan berkenaan. Turut hadir En. Hairulazmi bin Mohd Ali, Pengarah Penguatkuasa MBS, En. Shamaruddin bin Saidin, Ketua Unit Perhubungan Korporat MBS dan En. Nuh Nurul Mushawwir bin Abdul Aziz, Ketua Jurutera MBS.