Kerajaan Negeri Sembilan telah menetapkan penerapan Dasar Teknologi Hijau diaplikasi oleh semua Jabatan dan Agensi di peringkat Negeri selaras dengan Dasar Teknologi Hijau Negara yang telah dilancarkan oleh YAB. Perdana Menteri Malaysia pada 24hb Julai 2009.

     Bagi menyokong dan menggerakkan dasar tersebut, Pentadbiran Majlis Perbandaran Seremban sebagai Pihak Berkuasa Tempatan bersama-sama dengan Jawatankuasa Teknologi Hijau MPS telah merangka satu program bersifat CSR yang dikenali sebagai ‘Program Go Green 2017’ sebagai salah satu aktiviti yang berteraskan Teknologi Hijau. Di antara pengisian program tersebut adalah aktiviti penanaman pokok / rumput atau restoroasi taman sediada, pameran oleh agensi-agensi  berkaitan dan pihak pemaju, pertandingan mewarna dan pertandingan merekabentuk model bebas dari bahan-bahan terbuang / terpakai yang  akan dilaksanakan bersama dengan pihak sekolah dan juga pemaju yang dipilih.

Program Go Green 2017

            Satu program kerjasama CSR ( Corporate Social Responsibility) di antara Majlis Perbandaran Seremban dengan pihak Pemaju yang menjalankan pembangunan di kawasan MPS dan juga pihak sekolah yang dipilih oleh Jawatankuasa Teknologi Hijau MPS. Program ini akan melibatkan beberapa aktiviti-aktiviti bersifat Teknologi Hijau yang akan dijalankan di kawasan sekolah pada tarikh dan masa yang ditetapkan. Program Go Green ini secara tidak langsung dapat memberikan kesedaran serta galakkan kepada golongan sasaran akan kebaikan dan tanggungjawab dalam penjagaan alam sekitar melalui aktiviti penanaman pokok atau rumput yang juga merupakan satu kaedah untuk memulihara alam sekitar dan sumber semulajadi.

 

Objektif Program 

           Bertujuan untuk meningkat kesedaran masyarakat kearah mengalakkan mereka mengaplikasikan elemen-elemen teknologi hijau dalam kehidupan seharian agar mereka dapat terus menikmati kualiti kehidupan yang lebih baik disamping persekitaran yang lebih sihat. Sehubungan dengan itu Jawatankuasa Teknologi Hijau MPS merasakan platform terbaik bagi tujuan pengalakkan ini haruslah bermula dari diperingkat sekolah rendah lagi yang mana secara tidak langsung dapat memberikan gambaran kepada pihak pengurusan sekolah kususnya dalam menyediakan strategi bersesuaian yang komprehensif bagi perlaksanaan dan juga pengalakan teknologi hijau pada masa akan datang.

 

Golongan Sasaran:-

  • Pelajar-pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Jalan Lobak dari Tahun 1 - Tahun 6.
  • Tenaga Pengajar dan PIBG SJK(T) Jalan Lobak.
  • Ibu Bapa dan Warga Taman Perumahan berhampiran.
  • Kakitangan Majlis Perbandaran Seremban.
  • Pihak Pengurusan Pemaju Twin Title ( M ) Sdn. Bhd.

 

        Justeru itu satu Program Go Green 2017 telah pun diadakan di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Jalan Lobak, Bandar Seremban pada tarikh dan masa seperti berikut:

 

Tarikh           :         22hb Julai 2017 @ Sabtu.

Masa            :          8.30 pagi hingga 12.30 tengahari.

Tempat         :         Perkarangan Sekolah Jenis Kebangsaan

                 Tamil Lobak, Bandar Seremban.

          Ianya telah disertai oleh Urusetia Program Go Green ( Jabatan Kawalan Bangunan MPS ), Ahli-Ahli Majlis MPS, pihak Pemaju Twin Title Developement Sdn. Bhd., pihak pentadbiran SJKT Jalan Lobak, wakil agensi Jabatan Alam Sekitar dan S.W.Corp Malaysia (cawangan Negeri Sembilan ). Majlis tersebut telah dirasmikan dengan acara memotong riben taman yang telah dipulihkan oleh Jabatan Lanskap dan Taman MPS bersama-sama dengan Jabatan Kejuruteraan MPS  oleh Yg. Bhg. Dato Haji Abd Halim bin Haji Abd Latif, Yang Di Pertua Majlis Perbandaran Seremban.