Daerah Seremban juga menawarkan fasiliti yang baik untuk menjalankan aktiviti MEETINGS, INCENTIVES, CONFERENCING, EXHIBITIONS(MICE). Pengalaman menjalankan aktiviti MICE di Seremban sangat memudahkan kerana pelbagai infrastruktur yang baik terdapat di sini. Oleh itu, pastikan Seremban sebagai destinasi pilihan anda kerana ia menawarkan harga yang berpatutan dan juga kemudahan yang lengkap
(Klik imej untuk maklumat lanjut)

 

img

Dewan MBS

MAJLIS BANDARAYA SEREMBAN

 

Majlis Perbandaran Seremban memiliki sebuah dewan serbaguna yang terletak di kawasan Majlis iaitu bersebelahan Padang Majlis Perbandaran Seremban dan berhadapan dengan Ibu Pejabat Majlis Perbandaran Seremban. Dewan serbaguna ini dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan seperti berikut :-

  1. Dewan Serbaguna
  2. Bilik Pameran
  3. Bilik Seri Seremban
  4. Bilik Sg Ujong

Jumlah Kapasiti: 700 orang pada satu masa

Waktu Operasi: 8.00pg hingga 10.30 mlm

No.Telefon: 06-765 4333 / 06-7654426

img

Dewan Pavilion LPPKN Seremban 2

Seremban

 

Dewan ini dipunyai oleh Lembaga Penduduk, Perancang Keluarga Negara Negeri Sembilan. Menjadi tumpuan penduduk sekitar Seremban. Dewan ini dibuka untuk tempahan bagi majlis-majlis perkahwinan , kursus dan mesyuarat untuk semua jabatan kerajaan, pihak swasta dan pihak NGO.

Waktu Operasi: 8.00pg hingga 5.00ptg

No.Telefon: 06-601 4440 Samb 108 (Puan Lily Afaniza Binti Abdullah)

 
DEWAN PERDANA KRS

Dewan Perdana KRS

Seremban

 

Dewan Perdana KRS menawarkan tempat yang selesa dan sesuai untuk kegunaan majlis rasmi seperti majlis perkahwinan, seminar-seminar kerajaan atau swasta, bengkel-bengkel sekolah dan kolej, kursus, ekspo dan pameran dan lain-lain acara. Keluasan tanah dewan ini ialah 2.56 ekar. Kapasiti dewan ini boleh memuatkan sebanyak 500 orang di dalam satu-satu masa.

Waktu Operasi: 8.00pg – 12 mlm
Kadar bayaran mengikut lama masa tempahan

No.Telefon: 06-767 3434 / 012-7094569 (Cik Norazira Binti Zamri)

img

Nilai Spring Resorts

Nilai Springs

 

Sebuah Hotel bertaraf 4 bintang dengan bilik berjumlah 183 bilik dilengkapi kemuadah kolam renang, pusat gim dan dewan dewan persidangan yang serba lengkap. Hotel yang berhampiran dengan KLIA ini memyediakan satu pemandangan panorama yang cukup indah dengan padang golf yang luas . Hotel ini juga menyediakan kemudahan dewan untuk majlis perkahwinan, seminar dan lain-lain.

(606) 850 2288

 
klana-resort

Klana Resort Seremban

Taman Tasik Seremban

 

Klana Resort ialah sebuah resot moden yang dihiasi oleh landskap yang menarik dan dipenuhi kehijauan pepohon yang pasti memikat sesiapa sahaja . Resort ini menawarkan bebagai jenis bilik yang selesa kepada pelancong. Berbagai fasiliti yang disediakan disini sesuai untuk keluarga dan selain itu diadakan bilik seminar, mesyuarat dan team bulding. Resort yang bertaraf 4 bintang ini pasti dapat menarik kehadiran pengunjung ke Seremban. Klana Resort menawarkan 4 ballroom untuk anda menjalankan pelbagai aktivti di sana.

Waktu Operasi: Setiap Hari

No.Telefon: 06-766 7888

mice chulan

Hotel Royal Chulan

Seremban

 

Tempat peranginan 4 bintang mesra keluarga terletak berhampiran Taman Tasik Seremban Tempat peranginan yang mesra keluarga di Seremban ini dalam jarak 15 minit berjalan kaki dari Taman Tasik Seremban dan Wisma Negeri. Terminal One Mall dan Palm Mall, Seremban juga dalam 3 bt (5 km). Stesen KTM Seremban sejauh 9 minit berjalan kaki. Hotel ini sering menjadi tumpuan aktiviti pameran, team building serta seminar. Dewan utamanya boleh memuatkan hampir 1,000 orang

Waktu Operasi: Check- in 12 tengah hari
Check- out 2 petang.

No.Telefon: 06-766 6666

 
img

Palm Seremban Hotel

Seremban

 

Hotel yang bertaraf 3 bintang ini terletak hampir dengan dua lebuhraya iaitu Lebuhraya Plus dan Lekas. Satunya hotel yang mempunyai pusat membelibelah di Seremban. Hotel ini juga menawarkan perkhidmatan seminar, majlis keraian dan juga team building.

Waktu Operasi: 24 Jam

No.Telefon: 06-7680088

img

Senawang Exhibition and Convention Centre

Senawang

 

Dewan yang sesuai untuk mengadakan sebarang majlis untuk mesyuarat, majlis perkahwinan dan persidangan.

Waktu Operasi: Beroperasi hingga jam 5 petang setiap hari

No.Telefon: 012-7723533 (Encik Looi Hei Heng)

 
img

Sutera Hotel Seremban

Seremban

 

Dewan yang sesuai untuk mengadakan sebarang majlis untuk mesyuarat, majlis perkahwinan dan persidangan.

Waktu Operasi: 24 Jam

No.Telefon: 06-601 3774

dtempat

D Tempat Sendayan

Bandar Sri Sendayan

 

D’Tempat Country Club adalah sebuah rumah kelab dan rekreasi. Ianya terletak di Bandar Sri Sendayan dan berkeluasan 6.33 ekar yang mengandungi rumah kelab yang lengkap dengan kemudahan rekreasi seperti kolam renang, aqua gym, jakuzi, sauna, gymnasium, gelanggang tenis, gelanggang squash, gelanggang badminton, meja ping pong, boling dan snooker. Turut disediakan kemudahan untuk kanak-kanak seperti taman permainan, bilik bacaan, bilik permainan dan bilik menonton. Untuk keselesaan pengunjung kemudahan tempat letak kereta yang mencukupi, surau dan bilik persalinan. Untuk acara yang lebih besar juga terdapat dewan yang boleh disewa mengikut  keperluan majlis tertentu.

Waktu Operasi: Tutup Jam 11.00 mlm Setiap Hari

No.Telefon: 06-792 2688 Samb. 24 / 016-9085996 (Cik Suriani Binti Shamsuddin)