Saya telah menerima notis dan kompaun daripada PBT kerana saya telah membuat tambahan / ubahsuai kepada rumah saya tanpa mendapatkan kebenaran daripada PBT terlebih dahulu. Apakah tindakan akhir PBT jika kompaun atau notis tidak dipatuhi?

Pihak Majlis boleh membawa kes ini ke Mahkamah dan boleh apabila disabitkan dengan kesalahan dikenakan denda tidak lebih daripada Ringgit Malaysia Lima Puluh Ribu (RM 50,000.00) atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga (3) tahun atau kedua-duanya dan juga boleh dikenakan denda tambahan sebanyak Ringgit Malaysia Satu Ribu (RM 1,000.00) bagi tiap-tiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan menurut Seksyen 70 (13), Akta Jalan, Parit Dan Bangunan 1974 (Akta 133).

Bolehkah sekiranya saya membuat pembinaan tanpa mendapatkan kelulusan daripada PBT terlebih dahulu?

Seksyen 70 (1) , Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) - Menyatakan bahawa tiada seseorang boleh mendirikan sesuatu bangunan tanpa mendapat kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada pihak berkuasa tempatan. Semua pembinaan bangunan atau tambahan/ubahsuai yang tidak mendapat kebenaran pihak PBT terlebih dahulu atau pembinaan yang tidak mengikut pelan yang telah diluluskan adalah bertentangan dengan seksyen 70 (Akta 133).