Untuk makluman semua pengguna tempat letak Kereta di kawasan Nilai, caj penggunaan tempat letak kereta di kawasan Nilai telah dimulakan pada 3 Januari 2022. Pengguna tempat letak kereta dikawasan Nilai boleh membuat pembayaran caj tempat letak Kereta dengan menggunakan Aplikasi JomParking, Kupon Gores dan Pas Bulanan tempat letak kereta.

Untuk makluman, jika anda memuat turun aplikasi JomParking, anda akan menerima 300 token secara PERCUMA bagi membuat bayaran caj letak kereta. Bagi pengguna JomParking sedia ada pula, anda boleh terus menggunakan aplikasi JomParking bagi membuat bayaran caj letak kereta di Nilai.

Manakala Aplikasi FlexiParking dalam proses diintegrasikan ke dalam sistem penguatkuasaan dan dijangkakan boleh mula digunakan di kawasan Nilai pada pertengahan bulan Januari 2022. Harap maklum.
 

CAJ PENGGUNAAN TEMPAT LETAK KERETA DI KAWASAN NILAI TELAH DIMULAKAN PADA 3 JANUARI 2022
 
CAJ PENGGUNAAN TEMPAT LETAK KERETA DI KAWASAN NILAI TELAH DIMULAKAN PADA 3 JANUARI 2022