Sebelum ini Majlis telah membuka tawaran iklan kepada penganjur yang berminat menganjurkan Bazar Aidilfitri dalam kawasan Pentadbiran Majlis. Majlis telah meletakkan beberapa syarat kepada penganjur. Antaranya ialah :-

1. Penganjur perlu mengeluarkan resit bagi pembayaran yang dilakukan oleh penyewa tapak

2. Penganjur perlu memasang banner memaklumkan nama dan no telefon penganjur serta harga untuk 1 tapak

3. Penganjur yang gagal mematuhi harga seperti tawaran kepada MBS akan disenarai hitam

Sehubungan dengan itu, warga Bandar Raya yang berminat memohon tapak berkenaan boleh hubungi penganjur yang dilantik seperti maklumat yang telah dipaparkan.

Sebarang aduan berkenaan penganjur bazar Aidil Fitri boleh dibuat terus kepada MBS melalui SISPAA atau aplikasi Respon Rakyat.

DATARAN SENAWANG 2
 
DATARAN SENAWANG 3
 
PUSAT PERNIAGAAN BANDAR PRIMA SENAWANG (JALAN MELOR 8)
DATARAN SENAWANG 1