KURSUS KEBAKARAN BERSAMA AHLI PASUKAN TINDAKAN KECEMASAN (EMERGENCY RESPONSE TEAM, ERT) PEJABAT MAJLIS BANDARAYA SEREMBAN CAWANGAN NILAI
Nilai, 2 hingga 4 Oktober 2023 - Majlis Bandaraya Seremban melalui Jabatan Khidmat Pengurusan telah mengadakan Kursus Kebakaran Bersama Ahli Pasukan Tindakan Kecemasan (Emergency Response Team, ERT) Pejabat MBS Cawangan Nilai dengan kerjasama Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia, Negeri Sembilan dan Balai Bomba Dan Penyelamat Nilai yang bertempat di Pejabat Cawangan Nilai.
Tujuan pelaksanaan kursus selama tiga (3) hari ini adalah untuk memberi pendedahan asas kepada Pasukan ERT berkenaan fungsi sebenar sewaktu berlakunya kebakaran di tempat bertugas. Pihak Bomba menyediakan 7 orang tenaga pengajar yang merangkumi 3 penceramah dan 4 fasilitator sepanjang tempoh kursus tersebut.
Seramai 36 pegawai dan kakitangan telah dilantik sebagai ahli Pasukan ERT Pejabat MBS Cawangan Nilai yang terbahagi kepada tujuh (7) fungsi iaitu Ketua Insiden, Penolong Ketua Insiden/Pencatit Kejadian, Pasukan Mencari Dan Menyelamat, Pasukan Perubatan, Pasukan Trafik, Pasukan Selenggara dan Komander Jabatan.
Pemahaman yang diperoleh melalui kursus ini akan dimanfaatkan sebaiknya untuk digunapakai semasa pelaksanaan sesi latihan kebakaran kelak. Pentadbiran Majlis mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kursus ini.