Warga Seremban, jom manfaatkan kemudahan Kaunter Bergerak Majlis Bandaraya Seremban (MBS) bagi urusan pembayaran cukai taksiran dan kompaun!
MBS akan membuka Kaunter Bergerak sempena Program Palestine & Gaza Exhibition Road Tour 2026/27 bagi memudahkan orang ramai mendapatkan perkhidmatan pembayaran secara terus.
Tarikh : 7 November 2026 (Sabtu) dan 8 November 2026 (Ahad)
Masa: 9.00 pagi hingga 4.00 petang
Lokasi: Dewan Majlis Bandaraya Seremban
Tawaran istimewa!
Nikmati diskaun sebanyak 60% bagi kompaun kesalahan tempat letak kereta melalui Kempen Pengurangan Kompaun MBS.
Perhatian: Semua transaksi pembayaran adalah secara tanpa tunai (cashless).
Jangan lepaskan peluang ini untuk menyelesaikan urusan pembayaran cukai taksiran dan kompaun dengan lebih mudah di samping mengunjungi program pameran yang berlangsung.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi Jabatan Kewangan MBS di talian 06-765 4344
MBS sentiasa komited membawa perkhidmatan lebih dekat kepada masyarakat.